Satu tahun jatuh kesannya tiga tahun...
Bulan Julai ini proses kerja penilaian prestasi sudah bermula. Di peringkat Jabatan dan PPD proses anggota kakitangan mengemukan Sasaran Kerja Tahunan 2012 secara online melalui portal Hrmis kepada ketua jabatan masing-masing sudah dilaksanakan. Kita juga menjangkakan di peringkat sekolah proses kerja penilaian pencapaian SKT guru juga barangkali telah mula dilaksanakan oleh pengurus-pengurus sekolah. Proses menilai dan mengukur pencapaian SKT setiap anggota adalah kerja sangat penting. Ianya perlu dilakukan dengan teliti dan berhemat agar KPI yang dingini benar-benar mencapai sasaran.
Kita tidak nafikan terdapat segelintir pengurus sekolah dan warga guru sendiri melihat Nilaian Prestasi Tahunan bukan sesuatu terpenting dalam kerjaya perkhidmatan dan masa depannya. Justru itu kita dapati ada guru-guru menulis pencapaian SKT secara cincai dan melaksanakan kerjabuat perkhidmatan dan sahsiah secara sembarangan seperti cara komunikasi, kualiti kerja, kepatuhan piawaian dan peraturan yang kadang kurang sesuai dengan seorang pegawai awam. Bahkah ada setengahnya tidak merasa apa-apa jika murid yang diajar tidak mencapai target atau SKT yang ditetapkan. Namun bila orang lain naik pangkat mereka juga ingin naik pangkat seperti orang lain. Dan jika tidak dapat pelbagai tohmahan dibuat.
Begitu juga terdapat segelintir pengurus sekolah membuat penilaian tanpa piawaian dan standard yang jelas. Penilaian mereka hanya sekadar emosi dan persepsi bukan berasaskan kepada data-data dan aviden yang dikumpul melalui penyeliaan, pemerhatian dan sebagainya. Bahkan kadangnya terlalu 'sulit" dan "tidak telus" hingga menimbulkan perasaan kurang senang dan konflik dalam organisasi setiap kali penilaian prestasi diumumkan atau anugerah APC diistiharkan. Seolah-olah suara-suara itu menggambarkan kurang kredibaliti dan integritinya kerja GPK dan Guru Besar sebagai penilai. Mengapa berlaku demikian dan bagaimana mengatasinya ?
Kita harus faham SKT dan Nilaian Prestasi bukan jerat untuk menjerut kakitangan awam tetapi ianya merupakan makenisma untuk membantu ,membimbing dan meningkat performance kakitangan organisasi di bawah kawalan kita. Justru SKT guru misalnya dibincang dan ditentukan bersama pihak pentadbir. Pelaksanaan dan penilaian secara berterusan. Jika ada masalah dibincang, dibimbing dan ditegur untuk diperbaiki. Kita harus ingat ada orang merasa mereka sudah bagus dan baik pada pandangan mereka sendiri, namun dalam pandangan orang lain belum tentu mereka baik dan bagus dan sebagai pengurus sekolah kita mesti berani dan telus memberi teguran dan bimbingan. Sewajarnya juga pencapaian komponen markah wajar dibincang dan diberitahu kepada pegawai yang dinilai kerana jika timbul perasaan tidak puashati mereka boleh mengemuka aviden bagi mempertahankan pendapat atau pandangan masing-masing. Situasi dan amalan ini akan lebih harmoni untuk jangka masa panjang.
Dalam penilaian ini kita mahu mencari keadilan kepada penilai dan pegawai yang dinilai. Justru penilaian dibuat berasaskan perkara yang betul dan dilaksanakan dengan betul. Bagi pegawai yang dinilai mereka pasti boleh menerima jika tidak betul mereka dibukti dengan jelas oleh bos mereka. Kita tentunya tidak mahu akibat penilaian yang tidak betul tragedi seperti rajah di atas terjadi. Jika seseorang calon yang sentiasa bagus Nilaian Prestasinya tiba-tiba ada satu tahu jika "terjadi kesilapan " markah tahun itu agak rendah, kesannya akan dirasai selama
tiga tahun. Begitu juga jika calon yang tidak wajar diberi markah prestasi yang tinggi implikasi mungkin dia tercalon naik pangkat. Maka kita akan bertuankan Guru Besar atau GPK yang sememangnya naif dan tidak boleh memerintah sekolah.
Kita berharap selepas ini kita akan nilai benda betul dengan betul. Bukan bermakna selama ini kita tidak laksanakan dengan betul. Bukan. Kita perlu sentiasa menambahbaik kaedah dan cara kita kerana zaman telah berubah pendekatan kita juga perlu berhemah.