Wednesday, July 4, 2012

Mesyuarat Unit Sekolah Rendah

KUALA TERENGGANU - Unit Sekolah Rendah telah mengadakan mesyuarat unit kali ketiga pagi ini di PKG Bukit Besar, Kuala Terengganu. Semua staf Unit Sekolah kecuali En. Mat Lin (PP Data dan ABM) sedang mesyuarat dengan BPSM dan En. Wahab Mohamad (Penyelia Kanan Pengurusan Murid) serta En. Nazrul ditugaskan mengurus pejabat. Turut hadir ialah Ketua Unit Prasekolah dan staf prasekolah.

Ketua Unit Sekolah Rendah, En. Jelani Sulong  menegaskan mesyuarat unit yang akan datang dan seterusnya akan dilaksana selepas Mesyuarat Ketua-Ketua Unit bersama Ketua Sektor Sekolah agar semua isu, cadangan dan makluman dapat disampaikan semerta.Sementara itu tegas beliau sudah menjadi amalan di Unit Sekolah Rendah untuk memastikan seorang pegawai dan seorang pembantu tadbir berada di pejabat agar segala urusan dengan pelanggan tidak terjejas.

Ketua Unit Sekolah Rendah dalam ucapannya mengatakan walaupun kita sangat sibuk tetapi kita mengambil ruang untuk mengadakan Mesyuarat ini sebagai medan muhasabah dan wacana professional dalam organisasi kita agar sentiasa menuju ke arah lebih baik. Zig-Zagler seorang cendikiawan berkata “ Walau kita sibuk macam manapun ambillah masa 10 minit untuk merenung , berfikir dan melakukan penambahbaikan (evaluation)

Beliau mengingatkan semua ahli mesyuarat agar menjauhkan diri dari amalan "sate" dalam organisasi. Amalan sate dalam organisasi seperti "cucuk,kipas,bakar"  bagi menyedapkan ramuan dan rasa akan menghancurkan organisasi. 

Beliau juga menegaskan " Dalam usaha kita mencari kesempurnaan (al-falah) dalam kerjabuat kita pasti banyak lagi ruang-ruang yang boleh kita perbaiki atau isi sama ada dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap kita terhadap sesuatu agar kita diyakini dan dilihat hebat terutama oleh pelanggan kita. Saya percaya setiap kita ada kebolehan dan keupayaan serta keistimewaan tersendiri. Dan kadang-kadang kita menggunakannya "beyong the avaragge" dalam melaksanakan kerjabuat kita. Janganlah kita berdukacita dan kecewa jika orang atau Ketua kita tidak nampak  kerana Insyaalah Allah nampak kalau kita ikhlas dan akan memberi ganjaran setimpalnya"

 

No comments:

Post a Comment