Sunday, July 1, 2012

Tawaran Pemangkuan Guru Besar dan GPK Kuatkuasa 1 Julai 2012

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Unit Penyeliaan Sekolah Rendah hari ini telah mengemukakan tawaran pemangkuan kepada mereka yang diluluskan senarai pemangkuan DGA32 ke DGA34 sebagai pengelola di PPD dan JPN serta sebagai Guru Besar. Selain dari itu mereka yang ditawarkan penghakikian sebagai GPK juga diadakan.

Majlis penyerahan surat tawaran pelantikan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, En. Zakaria bin Hussain, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di SK Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu. Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Ketua Unit Sekolah Rendah, Penolong Pengarah Guru Unit Sekolah Rendah serta Penyelia Kanan Projek Khas dan Penyelia Kanan PPD Kemaman.

Pengarah Pelajaran Negeri dalam ucapannya merakamkan tahniah kepada semua penerima tawaran baru sebagai Pengelola, Guru Besar dan GPK. Beliau berharap sebagai barisan hadapan kepimpinan sekolah mereka perlu banyak membuat perubahan khusus kepada asas pendidikan rendah di sekolah terutama latihan pembentukan nilai budaya penyayang, budaya terima kasih dan aspek kepimpinan. Tegas beliau setiap mereka yang terpilih dan tersenarai mempunyai keistimewaan dan sewajarnya harapan dan amanah besar itu dapat dipikul dan dilaksanakan dengan berkesan.

Sementara bagi pertukaran setara Guru Besar dan GPK surat pertukaran dan penempatan boleh didapati di PPD masing-masing. Kita berharap sekiranya semua calon Guru Besar terutamanya menerima tawaran berkenaan maka semua perjawatan Guru Besar yang kosong dapat diisi penuh.

Tahniah, semoga pendidikan rendah Terengganu sentiasa terbilang...


1. Senarai Pengelola dan Guru Besar. KLIK
2. Senarai GPK. KLIK
3. Gambar penerimaan tawaran GB dan GPK . KLIK


No comments:

Post a Comment