Thursday, July 19, 2012

Juara Sukma ke-15, Ahad cuti umum di Terengganu


KEMAMAN - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengisytiharkan cuti peristiwa sehari pada Ahad ini bagi negeri itu sempena kejayaan kontinjen Terengganu pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika menyambut kontinjen Terengganu yang tiba dari Pahang di sempadan negeri Kemaman-Kuantan, di sini.

Terengganu yang mengutip 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa muncul juara Sukma Pahang 2012, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang diraih sejak Sukma Terengganu 2008, Sukma Melaka 2010 dan Sukma Kuala Lumpur 2011. - Bernama

Catatan :
Semua Pengetua dan Guru Besar perlu memastikan bahawa hari persekolahan dalam satu tahun kalendar persekolahan mencukupi 190 hari. Jika dengan cuti umum/peristiwa menyebabkan hari persekolahan tidak cukup maka sekolah ganti(Hari Sabtu) perlu dilaksanakan sebelum bermula cuti akhir tahun. Mungkin PPD akan menyelaraskan sekolah ganti ini bagi yang berkaitan. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment