Wednesday, July 18, 2012

Taklimat Permohonan Perjawatan ABM SR Tahun 2013 bagi daerah Setiu dan Besut

BESUT - Taklimat Permohonan Perjawatan ABM SR Tahun 2013 telah diadakan di daerah Setiu dan Besut sepanjang hari ini. Pasukan pemudahcara dari Unit Sekolah Rendah telah mengadakan taklimat di Setiu pada sebelah pagi di Dewan PPD Setiu.Manakala pada sebelah petang pula taklimat kepada Guru Besar dan GPK Pentadbiran daerah Besut diadakan di Dewan Samaguna Bangunan Persekutuan daerah Besut.

Komitmen dan iltizam majoriti Guru Besar dan GPK Pentadbiran secara umumnya sangat membanggakan namun kesukaran talian internet dan kegagalan memasuki server KPM menyebabkan usaha atau kerja yang sepatutnya di selesai dengan cepat telah tidak dapat disempurnakan dengan baik. Walau bagaimanapun terdapat sebilangan sekolah telah dapat menyiapkan proses permohonan dengan jayanya manakala yang belum selesai akan menyelesaikan di sekolah masing-masing sebelum tarikh terakhir yang ditetapkan.

Situasi yang sama juga berlaku pada sebelah petang di daerah Besut. Bukan sahaja hawa dingin di dewan tidak berfungsi dengan baik tetapi server KPM masih lagi jem dan tidak boleh dilog in. Walau bagaimanapun kita ucapkan tahniah kepada Guru Besar dan GPK Pentadbiran daerah Besut kerana tetap  bersabar dan profesional.

Walau apapun cabarnya kita mesti siapkan Permohonan ABM Perjawatan 2013 bagi SR Terengganu yang bermula pada tahun 2013 mengikut masa yang ditetapkan dengan apa cara sekalipun. Guru Besar diberi sepenuh tanggungjawab untuk melaksanakan dan kebertanggungjawaban terhadap data-data dikemukakan. Kita yakin pengurus sekolah kita mampu laksanakannya. Kunci utama kepada Permohonan Perjawatan ini ialah jumlah kelas dan jumlah murid. Pastikan dua elemen ini tepat kerana sistem akan generate perjawatan berasaskan dua perkara tersubut.


No comments:

Post a Comment