Surat

SURAT

Suatu waktu dahulu
dalam dingin puput bayu
kau kirimkan
selembar warkah
ceritera bahagia seorang isteri
bercanda di taman perkasihan
meraut cinta bahagia
dalam kejap dakapan setia
berumahtangga.

Lewat senja kelmarin
dalam desir semilir
secarik warkahmu datang lagi
bersama deraian cerita luka
bahawa taman perkasihanmu
telah musnah terbakar
oleh api cemburu
lantas merungkai ikat setia
menjadi serpihan luka
dan neraka berumahtangga

Ku catatkan pada suratku
yang pertama dan terakhir buatmu
" Inilah perkasihan dalam kehidupan
jodoh kembar yang setia
tersurat dalam sunnah Tuhan,
mengajarmu supaya mengerti
untuk kembali setelah jauh
pergi".

Lara MN
Pekan, Pahang
7 Jun 2013.

S

No comments:

Post a Comment