Tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa guru-guru j-Qaf yang menjadi subjek penilaian undian pembaca pada kali ini. Mengapa bukan guru-guru Bahasa Melayu atau Guru Bahasa Inggeris atau Guru Matematik ? Mengapa guru j-Qaf bukannya guru agama ?
Kami sengaja memilih guru j-Qaf sebagai subjek penilaian undian pada kali ini kerana kita menerima pelbagai aduan atau isu berkaitan guru-guru j-Qaf. Antaranya berkaitan komitmen kerja, tingkahlaku yang bertentangan dengan nama dan status, masalah dengan pengurusan, penampilan, politik kepartian dan pelbagai lagi yang tidak perlu kami perincikan satu persatu. Apalagi tingkahlaku yang bertentangan dengan adab dan agama pasti dipandang serious kerana status mereka walaupun kecil dan terpencil. Suara kurang puashati di suara dari pelbagai penjuru sama ada pengurusan sekolah, pegawai di PPD, JPN mahupun masyarakat.
Walau bagaimanapun tidak kurang suara yang memuji pengujudan guru j-Qaf bagi memperkasakan masalah jawi, quran dan fardu ain. Berdasarkan senario itu kami ketengahkan undian ini bagi mendapat respone khususnya di kalangan pengurus dan warga sekolah terlibat. Alhamdulillah daripada 49 responden 87.18% mengatakan guru j-Qaf di sekolah mereka baik, cemerlang dan terbilang manakala 15 orang atau 13.82% mengatakan guru j-Qaf sederhana dan lemah. Kalau seribu orang responden dengan andaian nisbah tidak berubah maka terdapat 130 orang guru j-Qaf sederhana dan lemah. Ini sesuatu yang membimbangkan kita.Kita mahu seboleh-bolehnya 100% guru j-Qaf tergolong baik,cemerlang dan terbilang.
Justru kita berharap Pengurusan Sekolah dan guru serta pegawai terbabit di PPD dan JPN dapat mengenalpasti personel j-Qaf yang perlukan "bantuan" ini. Mereka tidak boleh dibiarkan bahkan perlu dibantu secukupnya kerana mereka adalah lambang maruah agama , bangsa dan negara. Kita perlukan tranformasi mantap bagi memperkukuhkan kedudukan dan peranan guru-guru j-Qaf di landasan sebenar.
No comments:
Post a Comment