Monday, July 2, 2012

Standard sekolah kita majoriti di tahap bagus

Inilah dapatan kajian atau undian yang kita kemukakan. Daripada 40 undian yang dibuat oleh responden mengenai lima kategori standard yang dikemukakan 17% (Terbilang), 37% (Cemerlang), 30% (Baik), 10% (Sederhana) dan 5% ( Lemah). Jika kita kelaskan Baik,Cemerlang dan Terbilang sebagai  BAGUS maka 34 daripada 40 responden atau 85% telah mengundinya. Manakalah jika kita katakan Sederhana dan Lemah sebagai TIDAK BAGUS maka 6 responden atau 15% memilihnya.

Daripada dapatan ini ramai responden telah membuat undian bahawa sekolah mereka adalah bagus dan baik. Sekolah yang dinilai baik dan bagus ini tentunya dinilaikan aspek  budaya pengurusan dan iklim yang berikut:
  1. Segala urusannya cekap
  2. Segala perancangan dan tindakanya berkesan
  3. Berkualiti tinggi
  4. Berproduktiviti tinggi
  5. Kehidupan bekerja berkualiti
  6. Berinovatif
  7. Beroperasi mengikut budget
Jika kita sayangkan sekolah, murid, rakan dan warganya kita tentunya tidak loket menyumbang kudrat, masa, tenaga dan wang untuk menjadikannya The Great School kerana kita sebahagian pengukir dan pencipta sejarahnya.


No comments:

Post a Comment