Friday, July 27, 2012

Maklum Balas Akhbar : JPA Lengah Naik Gred Guru


27 Julai 2012 

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil maklum dan prihatin di atas perkara yang dibangkitkan oleh Hashim Adnan, Presiden NUTP agar JPA menaikkan gred 400 guru yang memperoleh ijazah melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari Gred DGA32 dan DGA29 kepada Gred DG41 seperti yang dinikmati 7,975 guru lepasan Program Perkhidmatan Perguruan Siswazah (PPPS).

Untuk makluman, Program Pensiswazahan Guru (PPG) adalah merupakan isu Pertukaran Pelantikan kerana ia melibatkan dua skim perkhidmatan yang berbeza dan bukannya kenaikan gred guru. Isu pelantikan guru adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pihak JPA hanya terlibat dengan keperluan pewujudan jawatan dan tidak terlibat dengan proses pelantikan guru.

Sehingga 23 Julai 2012, JPA telah meluluskan sebanyak 7,975 jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) pelbagai Gred ke jawatan PPPS Gred DG41 di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkuat kuasa 2 Oktober 2010. Pewujudan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 adalah bagi menampung keperluan penempatan PPPLD yang telah tamat dan memperoleh ijazah di bawah Dasar Pensiswazahan Guru secara PJJ yang dilaksanakan oleh KPM. Kelulusan tersebut telah menyelesaikan isu guru yang telah memperolehi ijazah sebelum tahun 2010 sehingga Disember 2011 dan telahpun lulus temu duga dan diperaku oleh SPP untuk dilantik sebagai PPPS Gred DG41.

Berhubung isu 400 guru yang telah tamat pengajian dan belum diluluskan kenaikan gred oleh JPA dan KPM, KPM kini sedang mendapatkan maklumat daripada NUTP berkaitan sumber data 400 guru tersebut termasuk mengemukakan senarai nama penyandang ke KPM. Untuk makluman sehingga kini, JPA masih tidak menerima sebarang permohonan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM bagi menukar ganti jawatan berhubung kohort baharu guru yang telah tamat PPG.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
26 Julai 2012

Sumber Rujukan : JPA 

Respone NUTP klik SINI

USR BLOGGER TEAM :
Berdasarkan  jawapan JPA maka perjawatan untuk 7,975 orang seperti mana yang disebut Timbalan Menteri Pendidikan sudah diluluskan. Bermakna sekarang ini hanya perlu tunggu surat tawaran SPP sahaja. Pengkalan data mereka yang telah ditemuduga telah sedia ada dengan SPP. Mungkin SPP perlu teliti mereka yang dilantik ke gred hakiki DGA32 dan DGA34 selepas 2.10.2010 bagi  mengelakkan mereka membuat pilihan yang menyusahkan mereka. Seeloknya tawaran diberi selepas tarikh menerima naik pangkat agar mereka kekal atas jawatan sekarang dan sekaligus menikmati gred DG41. Pada pandangan kami data yang diperlukan Nutp ialah bagi 400 orang yang tercicir seperti didakwa. Walahhualam.


5 comments:

  1. tak tahulah yang mana betul, efisien, integriti dan kredebiliti.Doh jadi cap ayam belaka.oh malaysiaku.

    ReplyDelete
  2. Kita harap dengan kelulusan perjawatan oleh JPA pada 23 Julai 2012 maka tunggu SPP keluarkan suratlah. Mungkin sekarang SPP sedang meneliti data guru-guru yang dinaikkan pangkat secara hakiki ke DGA32 dan DGA34 selepas 2 Oktober 2010 kerana bagi membolehkan mereka kekal atas gred naik pangkat sekarang tawaran pelantikan mesti dibuat selepas tarikh mereka naik pangkat.

    Selain itu tawaran gaji DG41 mesti lebih tinggi dari gaji setiap calon pada 2 Oktober 2010, oleh itu data-data itu wajar diteliti SPP. Harap mereka terlibat bersabar dan SPP pun dapat setle perkara ini dengan cepat. Dah macam-macam pihak keluar kenyataan...

    ReplyDelete
  3. SELAGI TIADA SURAT TAWARAN YANG DIKELUARKAN IANYA DIANGGAP KHABAR ANGIN SEMATA-MATA

    ReplyDelete
  4. Lebih baik ada hitam-putih tahi cicak daripada kelabu-kelala agar senang dijadikan aviden @ bukti kemudian hari. Dah tahu penyakit apa dan di mana senang nak cari ubat yang mujarab... daripada penyakit angin-hala yang tak tahu kala.

    ReplyDelete
  5. Biasalah, Malaysia tanah airku, mesti ada yang kena jadi kambing hitam supaya orang di atas sentiasa dilihat betul.he heh.

    ReplyDelete