Kenaikan dilaksanakan segera selepas dua
tahun tertangguh
Butterworth: Seramai 7,975 guru lepasan
Program Perkhidmatan Perguruan Siswazah (PPPS) akan menikmati kenaikan Gred
DG41 dalam tempoh terdekat selepas tertangguh dua tahun.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad
Zarkashi, berkata pihaknya baru menerima waran kenaikan pangkat bagi Pegawai
Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) yang berjaya menamatkan pengajian PPPS,
masing-masing, 23 Mei lalu.
Katanya, kementerian sedar penangguhan kenaikan gred di kalangan guru lepasan PPLD yang menyertai PPPS sejak dua tahun lalu, menimbulkan perasaan negatif guru belum siswazah.
“Kementerian akan berusaha mempercepatkan kenaikan Gred DG41 yang membolehkan pelbagai faedah dapat dinikmati.
“Saya akui penangguhan kenaikan gred ini menyebabkan ramai guru PPLD tidak mahu menyertai PPPS,” katanya di sini, semalam.
Mohd Puad berkata, melalui PPPS yang diwujudkan pada 2006, seramai 70,062 guru menyertainya dengan peruntukan RM1.4 bilion disediakan kerajaan bagi tempoh sehingga 2020.
“Bagi pengambilan September ini, kita menjangka 22,102 guru akan menyertainya.
“Bagaimanapun, masih ada 16,574 kekosongan sehingga semalam (kelmarin) kerana hanya 3,528 memohon, puncanya dipercayai berkaitan isu penangguhan kenaikan Gred DG41,” katanya.
Sumber : Berita Harian
duk ulang yang sama je...tapi x dapat2 pun..
ReplyDeleteapa masalahnya bapak menteri? dah diulang beberapa kali isu ni tapi tak ada penyelesaian.2 bulan dah dapat waran.Habis tu. Apa kerja dia orang kat KPM?Kita nak beri band berapa kepada KPM jika dibandingkan antara kementerian dalam Malaysia.
ReplyDeleteMACAM CERITA MR BEAN JER..ULANG MENDER SAMA..YANG MENONTON DAH JADI BODOH SEBAB MENONTON CERITA BODOH.YANG PASTI GURU TIDAK MUDAH DIPERBODOHKAN WAHAI PAK MENTERI
ReplyDeletementeri dok cerdik ni..org nk mampus ke dia,dia tak tahu...masuk PKR la...
ReplyDelete