Batu Pahat: Kementerian Pelajaran meminta Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) segera meluluskan permohonan 9,051 guru lepasan Program
Perkhidmatan Perguruan Siswazah (PPPS) ke Gred DG41.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata
kelewatan itu bukan mengecewakan pendidik terbabit, malah melemahkan
semangat guru lain untuk mengikuti program berkenaan.
“Oleh itu, kita meminta JPA mempercepatkan kelulusan perjawatan baru
ini supaya mereka dapat disahkan ke Gred DG41,” katanya selepas majlis
penyerahan komputer riba 1Malaysia Parlimen Batu Pahat di Dewan Majlis
Perbandaran Batu Pahat (MPBP) di sini, semalam.
Mohd Puad mengulas keluhan lebih 9,000 guru lepasan PPPS, termasuk ada yang tertangguh sejak dua tahun lalu.
sumber : Berita Harian online, 19 Julai 2012
Lama sangat dah kami guru-guru lepasan PJJ menunggu.Bagi guru yang belum ditemudugaSPP serap terus ke DG41 tak payah melalui proses tersebut kerana ia melambatkan kenaikan ke gred tersebut.
ReplyDeleteMENTERI YANG TIADA POWER LANGSUNG.DOK SALAHKAN JPA PULAKDAH.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletedulu guru2 digalakkan utk menyambung pelajaran. tapi setelah dapat ijazah kena lalui bebrapa prosedur utk ke DG 41. Kononnya tak ada kekosongan. Apa cerita? Lantas ramai guru yg ada ijazah tidak bersemangat utk memohon. JPA dgn berbagai alasan. Kenapa tidak buat lantikan terus setelah lulus ijazah? Hmmmm teruskanlah dgn alasan2. Jadi guru2 yg ingin melanjutkan pelajaran berfikirlah sebelum sambung belajar.Anda akan berhutang dan perlu mebayar hutang...perlu melalui beberapa proses untuk lantikan dan berbagai2 alasan yg logik dan bernas dr JPA dsb
ReplyDeleteRamai guru2 berijazah masih di takuk PPPLD. Kenapa?
ReplyDeletetemuduga memang sudah tidak relevan lagi..terus naik ke dg41 tanpa temuduga seperti yang telah dijalankan separuh jalan dalam SPBA..
ReplyDelete