Sunday, July 1, 2012

Taklimat Pertukaran dan Penempatan Guru Pemulihan Khas (LINUS) ke Pejabat Pelajaran Daerah

Seramai 51 orang Guru Pemulihan Khas (LINUS) yang diagihkan mengikut PPD telah menghadiri Taklimat Pertukaran dan Penempatan Guru Pemulihan Khas (LINUS) ke Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan di Bilik Mesyuarat Alamanda, jam 2.00 petang tadi. 

Taklimat yang dikelolakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah ini turut melibatkan Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan dan Sektor Pengurusan Akademik. Taklimat yang berkisar tentang Pemindahan Butiran Perjawatan guru-guru ini dari sekolah ke PPD disampaikan oleh En. Mohd Zuki Arifin, Pegawai Eksekutif Kanan (Perjawatan) JPN Terengganu. Kesemua 51 orang guru ini secara sahnya dipindahkan perjawatannya ke PPD setelah diluluskan Pindah Butiran Perjawatan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Urusan pembayaran gaji mereka ini akan diuruskan oleh PPD dan bukan lagi oleh pihak sekolah. Bezanya pertukaran dan penempatan mereka ini tidak disediakan ruang kerja di PPD kerana terma pindah butiran perjawatan yang diluluskan menghendaki mereka ditempatkan Secara Pentadbiran di sekolah. 

Ketua Unit Sekolah Rendah dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dalam ucapan semasa taklimat ini menegaskan bahawa sungguh pun guru-guru ini ditukarkan ke PPD, namun majikan yang akan menjadi Pegawai Penilai Pertama dalam LNPT ialah Guru Besar sekolah penempatan secara pentadbiran. Manakala Pegawai Pelajaran Daerah akan berperanan sebagai Pegawai Penilai Kedua. Ketua Sektor banyak mengingatkan kepada guru-guru ini supaya meletakkan  kesungguhan dan keikhlasan dalam menunaikan amanah dan tanggung jawab. 


Senarai nama lengkap . KLIK




No comments:

Post a Comment