Proses permohonan dilaksanakan oleh pihak sekolah oleh Guru Penolong Kanan 1 dan disahkan oleh Guru Besar. Kemudian ianya diverifikasi di peringkat PPD. Selepas itu disemak dan disahkan di peringkat JPN sebelum dipanjangkan ke KPM. Berdasarkan senario permohonan online pihak Unit Naziran dan Perjawatan , BPSM, KPM dapat memantau terus perjawatan di setiap buah sekolah.
Taklimat ABM Perjawatan 2013 yang berlangsung di Rumah Tamu , JPN Terengganu pagi ini juga dimaklumkan bahawa pihak sekolah diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam proses membida atau memohon perjawatan melalui web e-operasi. Serentak dengan itu juga , sekolah mesti akautabaliti terhadap bidaan atau permohonan mereka jika timbul isu-isu berbangkit kemudian.
Bagi membiasakan Penyelia dan Pegawai dengan sistem online ini juga satu simulasi diadakan Makmal Komputer JPNT. Talian rasmi permohonan online ini akan dibuka pada 16 Julai 2012.
Bagi membantu pihak sekolah menyediakan permohonan perjawatan 2013, pihak jabatan dengan kerjasama PPD akan mengadakan taklimat khas berasaskan jadual berikut:
- 8 Julai 2012 - Taklimat dan Perbincangan dengan Penyelia Kanan PPD
- 9 - 12 Julai - Penerangan dan mengedar Borang SR1 untuk diisi oleh pihak sekolah
- 16 - 19 Julai - Bengkel Penyediaan ABM Perjawatan 2013 mengikut PPD
- 16 Julai 2012 - Marang (8.00 pagi) dan Hulu Terengganu (2.30 ptg)
- 17 Julai 2012 - Kemaman (8.00 pagi) dan Dungun (2.30 ptg)
- 18 Julai 2012 - Setiu (8.00 pagi) dan Besut (2.30 ptg)
- 19 Julai 2012 - Kuala Terengganu (8.00 pagi)
- Guru Besar dan GPK 1 DIWAJIBKAN hadir dan tidak boleh diwakilkan.
- Tempat akan ditentukan kemudian oleh PPD masing-masing
- Peralatan dan dokumen wajib dibawa : Komputer riba, wayar penyambung, broadband, Borang SR1 yang siap dan sempurna diisi.
No comments:
Post a Comment