Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010



Taklimat Penempatan Guru KPLI & IPT


 "Kerajaan tidak main-main dengan pendidikan.Kerajaan atau KPM sedang berusaha meletakkan guru-guru yang bekelulusan tinggi,yang terbaik mengajar sekolah rendah terutama di kelas-kelas asas seperti prasekolah sebagaimana yang dilaksanakan di negara-negara maju" kata Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu dalam ucap utama sempena Taklimat Penempatan Guru-Guru KPLI dan IPT yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri,Marang,Terengganu.Turut hadir ialah YM Tengku Anuar bin Tengku Dalam,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Ketua Unit Sekolah Rendah,Wakil BTPN,Timbalan PPD Marang,pegawai-pegawai di Unit Sekolah Rendah dan Penyelia-penyelia Kanan PPD seluruh negeri.


Seramai 154 orang daripada 156 orang guru yang ditempatkan ke Terengganu hadir pada taklimat tersebut.


Sebelum itu En.Jelani Sulong,Ketua Unit Sekolah Rendah dalam taklimat awal berharap guru-guru KPLI & IPT yang ditempatkan di negeri Terengganu dapat melaksanakan tugas dengan baik dan mengenepikan isu-isu remeh berkaitan penempatan. Sewajarnya semua guru bersyukur ditempatkan di Terengganu kerana semua sekolah dilengkapi segala kemudahan dan boleh dihubungi dengan kenderaan darat kecuali sekolah di pulau.


"Saya tidak rela anak-anak Terengganu dihancurkan oleh guru-guru yang hanya menjadi guru kerana tiada kerja lain atau kerana disuruh seseorang menjadi guru bukannya mereka menjadi guru atas kehendak hati dan diri mereka sendiri" tegas Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu lagi. Beliau juga berharap semua yang ditempatkan di Terengganu  pada hari ini akan mampu menjana pendidikan anak bangsa dan meneruskan penghormatan masyarakat kepada kaum guru melalui komitmen,kemahiran dan iltizam guru.Beliau seterusnya mengingatkan guru-guru baru berulangkali bahawa "Kerjabuat guru hari ini sudah tidak sama seperti dulu " (The bussiness is not as usual nowadays)
Mereka mesti sentiasa sedar bahawa mereka adalah guru dalam semua perkara.Berjalan macam guru,berfikir macam guru,bercakap macam guru dan segalanya macam guru.



Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong  juga telah sudi menyampaikan surat penempatan kepada 154 orang guru KPLI & IPT.






Wednesday, December 30, 2009

Daerah Penempatan & Taklimat Guru Lulusan KPLI & IPT

Esok pada 31 Disember 2009 seramai 156 orang daripada hampir 8,000 orang lepasan KPLI dan IPT akan diberi Taklimat dan Penyerahan Surat Penempatan oleh Pengarah Pelajaran Terengganu pada jam 8.30 pagi di Dewan Besar,Bahagian Teknologi Pendidikan Terengganu yang terletak di daerah Marang.,Jawatankuasa Penempatan yang telah membuat penelitian mendalam dalam mengatur penempatan dengan meletakkan "Murid didahulukan,pencapaian diutamakan" sebagai keutamaan berasaskan prinsip "Perjawatan Berasaskan Sekolah " dan "dasar penempatan" yang telah digariskan. Perjawatan Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2010 bukan sahaja memastikan waran perjawatan yang diluluskan kepada sesebuah sekolah diisi sepenuhnya tetapi juga memastikan keperluan opsyen juga dipenuhi. Justru kajian sedang dilaksanakan bagi menetapkan opsyen guru secara mutlak kerana lebihan opsyen yang tidak diperlukan memerlukan proses redeployment.Proses redeployment akan melibatkan pergerakan atau pertukaran guru antara sekolah dalam daerah,antara daerah dan kemungkinan juga antara negeri.Oleh itu semua guru yang terlibat perlu sentiasa bersedia dengan situasi ini.

Guru-guru lepasan KPLI dan IPT yang ditempatkan di Terengganu  akan melapor diri  pada 4 Januari 2010 di sekolah masing-masing akan didedahkan dengan Program Orientasi Guru Baru di peringkat sekolah masing-masing. Semua guru besar yang menerima guru MESTI melaksanakan program berkenaan sebagaimana garis panduan yang telah diedar melalui Pegawai Pelajaran Daerah masing-masing.

Bagi mengetahui daerah penempatan  KPLI & IPT 4 Jan 2010 sila KLIK

Aturcara Majlis
Taklimat Penempatan Guru Rendah
Lepasan KPLI & Pelbagai Institusi Pengajian Tinggi

Tarikh : 31 Disember 2009
Tempat: Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang,Terengganu


8.30 pagi   - Pendaftaran Peserta
8.45 pagi   - Bacaan Doa
9.00 pagi   - Ucapan oleh Ketua Sektor,Pengurusan Sekolah
10.00 pagi - Ucap Utama oleh Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
12.00 tgh   - Penyampaian Surat Penempatan
12.30 tgh   - Makan Tengahari & Bersurai



Friday, December 25, 2009

NKRA dan SUB NKRA PENDIDIKAN



Keterangan lanjut berkaitan NKRA dan SUB NKRA
Pendidikan boleh dibaca atau download di sini








15 RAHSIA SENYUM & TAWA


Dedikasi kepada semua warga pendidik yang sedang dan akan bertugas di Terengganu pada Tahun 2010

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi maka kita akan lambat tua.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".




Monday, December 21, 2009

Tahniah Kepada Lepasan KPLI dan IPT yang dapat posting ke Terengganu

Kami di Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Jabatan Pelajaran Terengganu mengucapkan tahniah kepada 156 orang daripada hampir 8,000 orang lepasan KPLI dan IPT yang ditempatkan mengajar di Terengganu. Kepada anak-anak Terengganu yang dapat balik ke negeri inilah masa menyatakan kesyukuran dengan berusaha dan berazam menjadi pendidik terbilang di negeri Terengganu Anjung Ilmu. Kami mengucapkan tahniah dan syukur kepada anda kerana :-

  • Semua Sekolah Rendah (SK atau SJKC) di Terengganu boleh dihubungi dengan kenderaan darat kecuali SK Pulau Perhentian,Besut dan SK Pulau Redang,Kuala Terengganu
  • Semua Sekolah Rendah Terengganu dilengkapi bekalan air paip dan elektrik dua puluh empat jam hatta di sekolah orang asli
  • Kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap di semua sekolah
  • Kemudahan kuaters guru dan rumah penginapan
Fokus penempatan guru-guru kali ini sepertimana dasar penempatan akan memberi tumpuan kepada daerah Dungun dan Kemaman. Bagi daerah lain akan diberi atas opsyen tertentu sahaja dan agak terhad.

Unit Penyeliaan Sekolah Rendah juga memberi peluang kepada mana-mana dua orang guru yang berminat dan menawarkan diri untuk ditempatkan di SK Pulau Redang, Kuala Terengganu dan dua orang guru lagi di SK Pulau Perhentian,Besut.

Apa keistimewaannya ?
  • Mereka yang bersetuju akan ditempatkan paling lama dua tahun dan ditukar kembali ke dalam daerah yang sama / daerah yang dipohon.Guru dari Kuala Terengganu yang ditempatkan ke Setiu belum tentu dapat masuk ke daerah Kuala Terengganu selepas dua tahun.
  • Elaun Khas pedalaman RM500.00 . 
  • Tinggal di kuaters guru 
  • Perkhidmatan feri ke SK Pulau Redang - di jeti Shahbandar,Kuala Terengganu atau jeti Merang,Setiu.Tambang sehala RM20.00. Masa perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit atau perkhidmatan udara Subang - Pulau Redang oleh Berjaya Group
  • Perkhidmatan bot laju ke SK Pulau Perhentian - di jeti Kuala Besut. Tambang sehala RM35.00.Masa perjalanan 30 minit / 45 minit
  • Kedua-dua pulau adalah kawasan nelayan dan peranginan tercantik menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri
Mana-mana calon KPLI  yang ada dalam senarai masuk Terengganu yang berminat untuk ke salah satu sekolah berkenaan sila email nama,no.kad pengenalan dan  opsyen dan sekolah yang dingini ke unitrendahspsjpnt@gmail.com pada atau sebelum jam 10.00 pagi,24 Disember 2009.


Sunday, December 20, 2009

Taklimat Semakan Perjawatan Sekolah Rendah 2010


"Tahun 2010 adalah tahun pelaksanaan sepenuhnya perjawatan berasaskan sekolah" demikian menurut En.Jelani Sulong,Ketua Unit Rendah,JPN Terengganu dalam Taklimat Semakan Perjawatan 2010 yang diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman. Taklimat ini adalah siri taklimat seluruh negeri kepada semua guru besar dan penyelia di Pejabat Pelajaran Daerah.Turut hadir dalam taklimat pertama ini ialah Timbalan PPD Kemaman.

Mulai tahun 2010 telah  berlaku berapa perubahan perjawatan.Antaranya;
  • Guru Penolong Kanan 1,Sekolah Gred B berada di luar norma
  • Perjawatan Tahun 6 diubah nisbah dari 1.5 kepada 1.7

Perjawatan Luar Norma Sekolah Gred A
    • Guru Besar
    • Semua GPK dan GPK Petang
    • Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
    • Guru Pemulihan
    • Guru Media/Perpustakaan
    • Guru Penyelaras Bestari
    • Guru Tambahan Pendidikan Islam
    • Guru Bimbingan
    • Guru PCSK
    • Guru PTSK
    • Guru JQaf
 Perjawatan Luar Norma Sekolah Gred B
    • Guru Besar
    • GPK 1
    • GPK 2
    • GPK Petang
    • Guru Bimbingan
    • Guru Media/Perpustakaan
    • Guru Pemulihan Khas
    • Guru Penyelaras Bestari
    • Guru Tambahan Pendidikan Islam
    • Guru BCSK
    • Guru BTSK
    • Guru JQaf
Perjawatan Luar Norma SKM
    • Guru Besar (SKM A dan SKM B)
    • GPK2 (SKM A)
    • Guru Pemulihan
    • Guru JQaf
    • Guru BCSK
    • Guru BTSK
Perubahan formula perjawatan akan menyebabkan pertambahan perjawatan. Bagaimanapun bagi negeri Terengganu,jabatan tiada masalah mengenai kecukupan guru rendah kerana terbaru kita menerima 156 penempatan guru lepasan KPLI.Ini bermakna semua sekolah cukup guru dan boleh beroperasi dengan sempurna pada hari pertama persekolahan 2010.

Penempatan Guru KPLI dan Pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Tahun 2010 Ke Negeri Terengganu

Seramai 156 orang guru lepasan KPLI dan Pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan mula melapor diri di seluruh negeri Terengganu mulai sesi persekolahan tahun depan.

Surat Kuasa Penempatan:

KP(BPSH-SPSR)401/12/002(05)
Bertarikh : 16 Disember 2009

Dasar Penempatan :
  • keperluan Perjawatan dan Opsyen
  • sekolah kawasan pedalaman
  • sekolah luar bandar
  • sekolah yang sukar untuk ditempatkan guru
Tarikh Melapor diri ke sekolah:
4 Januari 2010

Taklimat dan Penyerahan Surat Penempatan:
  • Tarikh  :  31 Disember 2009
  • Masa   :  8.30 pagi
  • Tempat :  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPN) ,Marang,Terengganu
Semakan Kemasukan Ke Terengganu:
 SENARAI NAMA KPLI JAN 2010  


Friday, December 18, 2009

100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi Menjelang 2012


PETALING JAYA: Kerajaan sudah menetapkan sasaran mewujudkan 100 sekolah prestasi tinggi menjelang 2012 sebagai sebahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pendidikan.

Ketua Makmal NKRA untuk Pendidikan, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, berkata Kementerian Pelajaran percaya mereka boleh mencapai jumlah yang disasar itu kerana kini terdapat sekolah kluster yang turut menumpukan kepada standard kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran.

“Kerajaan sudah mensasarkan 20 sekolah untuk diiktiraf sebagai sekolah prestasi tinggi tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan Makmal NKRA Pendidikan bertajuk ‘Pendidikan Berkualiti dan Mampu Dimiliki oleh Semua Rakyat Malaysia’ pada Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Sunway di sini, semalam.

GTP dua hari yang bermula hari ini dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.


Noor Rezan yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran berkata, tumpuan kepada sekolah prestasi tinggi antara empat teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan mampu dimiliki dalam NKRA untuk pendidikan.

Tiga lagi bidang yang diberi tumpuan ialah prasekolah, kemahiran membaca dan mengira serta imbuhan baru untuk pengetua dan guru besar.

Beliau berkata, kerajaan mahu prasekolah menjadi aspek penting sistem pendidikan negara kerana kanak-kanak berusia empat dan lima tahun cepat mempelajari sesuatu.

“Pada masa ini kemasukan membabitkan prasekolah hanya pada tahap 67 peratus. Kerajaan mensasarkan untuk mencapai 87 peratus kemasukan dalam tempoh tiga tahun,” katanya.- Bernama


Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431

















Berhijrahlah dari kealpaan kepada kesedaran
Berhijrahlah dari kebatilan kepada keimanan
Berhijrahlah dari kejahilan kepada kebijaksanaan
Berhijrahlah dari kebakhilan kepada keehsanan
Berhijrahlah dari keangkuhan kepada ketawadukkan
Berhijrahlah dari kelekaan kepada kesiapsiagaan
Berhijrahlah dari kegagalan kepada kejayaan
Berhijrahlah dari kejayaan kepada kecemerlangan
Berhijrahlah dari kecemerlangan kepada kegemilangan
Berhijrahlah dari kegemilangan kepada keterbilangan

Wednesday, December 16, 2009

Mesyuarat Pengurusan Pembukaan SK Padang Landak


Sekolah Kebangsaan Padang Landak yang diserahkan pada 8 Disember 2009 akan mula beroperasi secara rasmi mulai sesi persekolahan hadapan. Perkara ini telah disahkan oleh Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu dalam Mesyuarat Pengurusan Pembukaan SK Padang Landak di Pejabat Pelajaran Daerah Besut hari ini. Hadir sama dalam bekenaan ialah Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,En.Salim bin Abd. Ghani,Ketua Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,En.Jelani Sulong,pegawai-pegawai dari jabatan ,pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Besut,Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan dan guru-guru yang akan bertugas di sekolah berkenaan.


Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah menyampaikan surat pertukaran dan penempatan kepada Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan dan guru-guru SK Padang Landak berkuatkuasa 16 Disember 2009. Beliau menaruh keyakinan penuh bahawa SK Padang Landak akan menjadi sekolah impian ibubapa dan masyarakat dalam masa terdekat justru kemudahan yang lengkap,tempat yang strategik serta guru besar,gpk dan guru-guru berpengalaman.


Beliau berkata demikian selepas semua ahli mesyuarat melawat sekolah berkenaan. Lawatan dan tinjauan itu juga disertai sama oleh Pegawai-Pegawai JKR Besut dan kontraktor.
















Tuesday, December 15, 2009

Visi dan Misi Pengarah Bersama Pengetua dan Guru Besar


"Kejayaan pendidikan Terengganu yang kita capai dalam pelbagai bidang adalah hasil usaha kita bersama. Mari bersama-sama kita raikan. Mari kita berterima kasih kepada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Terengganu,KPM,ibubapa dan semua pihak yang memberi sumbangan ke arah kejayaan kita ini. Mari kita berterima kasih kepada murid-murid kita",demikian antara ucapan Yang Berbahagia Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu di Majlis Visi dan Misi Pengarah Bersama Pengetua dan Guru Besar Negeri Terengganu. Majlis berkenaan telah diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER) yang turut dihadiri Yang Berbahgia,En.Razali bin Daud,Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu,Ketua-Ketua Sektor,Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah,Pengetua dan Guru Besar seluruh negeri.




Majlis berkenaan bukan sahaja mengimbau kejayaan Pendidikan Terengganu dalam pelbagai bidang tahun 2009 tetapi juga turut menyorot beberapa aspek kekuatan yang mampu dijana,strategi berkesan dan sasaran tepat supaya semua pihak sentiasa "Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan Terengganu" kekal menjadi Juara bagi Tahun 2010. "Beberapa negeri membina slogan untuk "memintas Terengganu" terutama dalam Pencapaian UPSR yang kita mengekalkan kejuaraan sembilan tahun berturut-turut.Ini menjadi cabaran kepada kita untuk terus melonjakkan lagi prestasi kita " tambah Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu.

Link download program di TER:
Ucap Visi & Misi Pengarah








Wednesday, December 9, 2009

SK Padang Landak akan dibuka tahun depan


Tahun 2010 jumlah sekolah kebangsaan ialah 345 buah apabila SK Padang Landak,Besut akan menjadi ahli terbaharu. Sementara sekolah rendah pendidikan khas tetap dua buah. Ini semua menjadikan jumlah sekolah rendah 347 buah.

Mesyuarat penyerahan telah diadakan pada 8 Disember 2009 antara JKR,JPN,PPD Besut dan kontraktor terbabit. SK Padang Landak terdiri dari 24 bilik darjah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden antara rekabentuk yang menarik dan tercanggih. Kos keseluruhan sekolah ini hampir RM12 juta.Ini adalah peluang pendidikan terbaik untuk masyarakat setempat yang disediakan kerajaan melalui peruntukan dana khas.

Satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan pada 16 Disember 2009 di Pejabat Pendidikan Daerah Besut antara wakil Sektor Pengurusan Sekolah,Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan,PPD Besut,Guru Besar,GPK dan guru-guru SK.Padang Landak. Selepas itu satu latihan penyelenggaraan alatan makanikal akan dilaksanakan antara pihak sekolah,JKR dan PPD Besut.

Selamat bertugas kepada Guru Besar,GPK dan guru-guru serta kakitangan sekolah Padang Landak. Anda semualah pencorak kegemilangan pendidikan sekolah ini.

Sunday, December 6, 2009

Manual Prosedur Kerja Pengurusan Murid


Unit Rendah di bawah Pengurusan Murid sedang menyediakan Manual Prosedur Kerja,Pelaksanaan Pengurusan Murid Pendidikan Wajib Di Peringkat Sekolah Rendah. Menurut En.Wahab Mohamad,Penyelia Kanan,Pengurusan Murid,Unit Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri manual ini akan diedar ke semua sekolah rendah negeri Terengganu pada awal tahun depan. Manual ini menurut beliau sebagai perincian proses kerja dari Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib yang telah diedar serta telah ditaklimatkan kepada semua Guru Penolong Kanan HEM pada Tahun 2009.Beliau berharap dengan terbitnya dua panduan ini pihak sekolah akan dapat mengurus dan melaksanakan Pendidikan Wajib dengan kemas,teratur serta mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu,beliau juga berharap tiada satu sekolah pun yang melanggar akta dan dikenakan tindakan.

Pihak jabatan melalui Unit Rendah dan Unit Perhubungan akan sentiasa memantau berhubung dengan pengurusan murid warga negara dan bukan warga negara dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap keingkaran pihak sekolah mematuhi arahan terutama setelah dua manual ini dikeluarkan,tegas beliau.

Friday, December 4, 2009

Mesyuarat Post Mortem & Pelarasan eG-Tukar 2009


Bahagian Pengurusan Maklumat KPM telah mengadakan Mesyuarat Post Mortem dan Pelarasan Data e-GTukar. Mesyuarat ini adalah lanjutan daripada sesi permohonan Pertukaran Guru yang dibuka dalam on-line bermula pada 1hingga 30 September 2009 yang lalu. Ahli mesyuarat terdiri daripada para pegawai di Bahagian-Bahagian KPM dan Jabatan Pelajaran seluruh Negara. Mesyuarat yang berlangsung di Everly Resort, Melaka ini bermula pada 1 hingga 5 Disember 2009. Banyak isu yang cuba ditangani bagi melaksanakan penambahbaikan secara berterusan terhadap system permohonan on-line yang telah dibangunkan itu. Semua cadangan penambahbaikan ini bertujuan memberi kepuasan dan kemudahan kepada semua pengguna system ini sama ada para guru yang memohon bertukar, pegawai pentadbir system yang terdiri daripada peringkat sekolah, PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat ini juga merintis usaha untuk mewujudkan Data Operasi Guru yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai peringkat. Pihak BPM bersama BPSH melihat Data Operasi Guru amat mustahak bagi pelbagai kegunaan. Bagi merealisasikan ini, satu jawatankuasa kecil akan dilantik bagi memperincikan keperluan teknikal dalam data yang dimaksudkan ini.
















En. Kamal bin Abdullah
Admistrator eG-Tukar Unit Rendah,JPN Terengganu

Thursday, December 3, 2009

Mesyuarat Sekolah Kluster

















Pengarah dan Timbalan Pengarah BPSBPSK

Tarikh : 2 hingga 4 Disember 2009
Tempat : Hotel Crystal Crown,Petaling Jaya Selangor
Kehadiran: Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster KPM
Pegawai Meja Jabatan Pelajaran Negeri
Pengetua dan Guru Besar SKK



Selain daripada bermesyuarat peserta juga dapat berkongsi pengalaman dan ilmu dengan rakan-rakan dari SKK yang diberikan peluang

Tan Sri Dato'Seri Wira Dr.Haji Abd.Rahman bin Arshad
Pengerusi Penasihat Panel Sekolah Kluster

menyampaikan pebentangan kejayaan mereka dalam pelbagai bidang niche area.Selain dari itu 120 Pengetua dan Guru Besar SKK juga didedahkan tentang perkembangan hala tuju pendidikan masa depan terutama tentang Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang juga diurusetiakan oleh BPSBPSK serta peluang untuk mereka menggapai ke tahap SBT. Menjelang tahun 2012 sebanyak 100 buah sekolah SBT akan diujudkan. Pencalonan SBT akan bermula tahun 2010.
















Pengarah BPSBPSK,Puan Ashah binti Samah juga melahirkan rasa bangga kerana SKK telah mencapai pelbagai kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan sewajarnya asas kejayaan ini wajar diperkukuhkan untuk mengapai taraf sekolah SBT.

Senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan Terengganu Fasa 1 hingga Fasa 3
  1. SMK Sultan Sulaiman,Kuala Terengganu
  2. SMKA Sheikh Abdul Malek,Kuala Terengganu
  3. SMK Tengku Mahmud,Besut,Terengganu
  4. SM Sains Sultan Mahmud,Kuala Terengganu
  5. SK Tengku Ampuan Intan,Kuala Terengganu
  6. SK Sultan Sulaiman 1,Kuala Terengganu
Pegawai Meja SKK Jabatan Pelajaran Terengganu
  • En. Shamsudin bin Ismail - Penolong Pengarah,Projek Khas/SBP/Kluster
  • En. Mat Lazim bin Noor - Penyelia Kanan,Projek Khas/Asli/Kluster

Tuesday, December 1, 2009

Kohort Umur Persekolahan Rendah Tahun 2010



















KOHORT KEMASUKAN TAHUN 1
DARI TAHUN 2010 - 2015














Semoga dengan paparan kohort umur persekolahan ini ibubapa dan guru dapat mendaftar kemasukan murid berdasar kohort umur yang sebenar. Adalah diharapkan tidak ada lagi kes-kes kesilapan pendaftaran murid berdasarkan kohort umur yang salah sehingga menjejaskan peluang murid menduduki UPSR. Pengurusan Sekolah hendaklah membuat semakan dengan teliti tarikh lahir murid setiap awal tahun persekolahan.


Monday, November 30, 2009

Pencapaian UPSR 2009 Sekolah Kluster kita...


Tahniah kepada Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan,guru-guru,para pelajar dan ibubapa murid dua sekolah kluster rendah negeri Terengganu atas pencapaian UPSR 2009.

SK Tengku Ampuan Intan,Hulu Terengganu yang mendapat taraf Sekolah Kluster Fasa 2 menduduki tangga ke 20 daripada 35 buah sekolah yang disenaraikan mencapai prestasi tinggi UPSR 2009. Sementara SK Sultan Sulaiman 1 yang baru sahaja diberi taraf Sekolah Kluster Fasa 3 menduduki tangga ke 31.

Kita semua sangat yakin pencapaian dan kedudukan ini merupakan satu peluang untuk kedua-dua sekolah ini mempertahan serta melonjakkan lagi prestasi pencapaian UPSR serta bidang kebitaraan lainnya ke peringkat sekolah berprestasi tinggi. Semua warga sekolah kluster haruslah sentiasa bersiap siaga kerana di setiap penjuru ,sekolah-sekolah lain sentiasa mencari peluang memintas gah yang dimiliki untuk menjadi juara antara juara.

Analisis UPSR 2009 di sini

Sambutan permohonan naik pangkat guru rendah menggalakkan...

Sehingga kini pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah membuka permohonan naik pangkat kepada guru-guru rendah dan PPLD bagi tahun 2010 sebagaimana berikut:-

  • Permohonan Guru Cemerlang Gred DGA32(KUP),DGA34(KUP) DGA38(KUP) dan DG44(KUP)
  • Permohonan Pegawai / Pengelola Cemerlang Gred DGA32(KUP),DGA34(KUP) dan DGA38(KUP)
  • Permohonan Pemangkuan Gred DGA32 Hakiki Guru Penolong Kanan bagi calon DGA29 SK dan SJKC
  • Permohonan Pemangkuan Gred DGA34 Hakiki Guru Besar bagi calon DGA32 Hakiki dan DGA32(KUP) Time Base
Permohonan bagi Guru Besar Cemerlang Gred DGA38(KUP) masih belum ditawarkan. Mengikut Ketua Unit Naik Pangkat,En.Rosli bin Chik bahawa permohonan guru terutama untuk pemangkuan Gred DGA34 Hakiki amat menggalakkan. Keadaan ini mungkin berlaku kerana kesedaran para guru terutama penyandang Gred DGA32 Hakiki atau Time Base tentang peluang-peluang atau laluan kerjaya hasil dari beberapa siri penerangan kepada GPK yang telah diadakan.

Begitu juga maklumbalas yang diterima oleh Unit Rendah berhubung cadangan perakuan ke jawatan hakiki dari penyandang Gred DGA32(KUP) Time Base amat luar biasa sambutannya. Ini mungkin kerana pada tahun ini mereka pada Gred DGA32(KUP) Time Base tidak lagi diberi peluang memohon pemangkuan Gred DGA32 Hakiki untuk Penolong Kanan kerana mereka telahpun berada pada gred naik pangkat. Mereka hanya layak diperakukan ke BPSM jika calon pemangkuan DGA29 ke DGA32 tidak mencukupi untuk urusan Tahun 2010 dan jumlah yang akan diperakukan berdasarkan kekosongan yang tidak boleh diisi serta markah prestasi yang cemerlang.

Thursday, November 26, 2009

Unit Rendah akan berpindah ke bangunan baru ....












bangunan dalam proses pembinaan



Isyaalah jika tiada aral melintang awal tahun 2010 Unit Rendah bersama Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Pra Sekolah dan Unit Perhubungan akan berpindah ke bangunan baru berhampiran Sektor Pendidikan Islam dan Surau Jabatan. Hanya Unit Menengah dari kerabat Sektor Pengurusan Sekolah kekal di tempat lama..

Selamat Bertugas di premis baru dengan semangat dan azam baru...

Wednesday, November 25, 2009

Kenal lebih dekat pegawai & staf Unit Rendah










En.Jelani Sulong En. Kamal Abdullah En. Mat Lin Mohd Nor

Ketua Unit Rendah PP Pengurusan Guru PP Data & ABM












En.Mat Lazim Noor En.Wahab Mohamad En.Wahab Salleh
P.Kanan Asli/Kluster P.Kanan Peng.Murid P.Kanan SJKT & Data













En.Tan Siew Theng En.Abd.Rahman Jusoh
P.Kanan SJKC Penyelia Peng.Murid













Pn.Atikah Mamat Pn.W.Rohaidawati Pn.Nursinani

Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir











Mohd Nazrul   Pn.Bibah Bibi En.Mohd Najib Muda
Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir Pembantu Am Pejabat



























Catatan Ketua Unit

Salam untuk semua warga pendidik,

Tahniah kepada semua guru besar dan warga pendidik di semua sekolah rendah negeri Terengganu di atas pencapaian cemerlang UPSR 2009. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Kami di Unit Rendah akan sentiasa berusaha memenuhi perjawatan semua peringkat di sekolah rendah sebagaimana ABM Perjawatan yang diluluskan oleh BPSM KPM. Semua ini adalah sokongan sepakat bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan pendidikan khususnya anak-anak Terengganu sentiasa melonjak. Kami di Unit Rendah juga akan sentiasa berusaha dari masa ke semasa membina kecekapan jaringan komunikasi dengan pengurus dan warga sekolah rendah supaya apa jua maklumat dapat disalur dengan pantas,tepat serta sebarang masalah berkaitan di bawah bidang kuasa kami dapat di atasi dengan cekap dan segera. Justru itu kita mengajak semua warga pendidikan rendah Terengganu sentiasa berkunjung ke blog Unit Rendah ini sebagai satu wahana untuk kita berkongsi ke arah keterbilangan pendidikan anak-anak kita

Wassalam
Jelani bin Sulong
Ketua Unit Rendah


Tuesday, September 29, 2009

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) 2012

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU
SEKTOR/ UNIT: UNIT SEKOLAH RENDAH,SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

BIL KPI
1 Memastikan semua sekolah rendah menerima guru yang mencukupi dari segi bilangan dan opsyen mengikut ABM Perjawatan yang diluluskan termasuk perjawatan pengurusan berasaskan bekalan guru semasa dan peruntukan B41
2 Memastikan 100% murid yang berada dalam zon pendidikan wajib belajar di sekolah mengikut kohort umur mereka yang sebenar
3 Memastikan semua perjawatan pengurusan sekolah iaitu guru besar dan gpk 100% diisi dan sebarang kekosongan  diisi tidak lebih dari 14 hari selepas berlakunya kekosongan

Sasaran Kerja Unit Rendah 2012

SASARAN KERJA UNIT RENDAH
JABATAN PELAJARAN TERENGGANU 2012



BIL
RINGKASAN AKTIVITI/PROJEK
PETUNJUK PRESTASI SASARAN KERJA PELAKSANA
(Senarai Aktiviti/Projek) (Kuantiti/Kualiti/Masa/Kos)
(Indikator)
Jan-Mac
Apr-Jun
Jul-Sept
Okt- Dis
1 Mesyuarat Utama
a Mesyuarat Unit Sekolah Rendah 12 kali 3 3 3 3 USR
c Mesyuarat  Jawatankuasa Pendidikan Wajib 5 kali 1 2 1 1` USR
d Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftaran Murid 7 kali 3 1 3 USR
e Mesyuarat Jawatankuasa Data Operasi Rendah  4 kali 1 1 2 USR
f Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pertukaran dan Penempatan Guru 4 kali 1 1 1 1 USR
g Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah Band 5,6,7 4 kali 1 1 1 1 USR/SPS
h Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah Kecemerlangan Negeri 4 kali 1 1 1 1 SPS
i Mesyuarat/Taklimat Pengisian Data Keperluan Sekolah 1 kali 1 SPS
j Mesyuarat  Jawatankuasa Pertukaran dan Penempatan GB dan GPK 12 kali 3 3 3 3 USR
k Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan  Sekolah Bersama Guru Besar Terengganu 6 kali 2 1 2 1 USR/MGB
l Mesyuarat  Jawatankuasa  Pengurusan Bersama Pengelola Sekolah Terengganu 6 kali 2 1 2 1 USR/PPSMCT
2 Pengurusan Penyeliaan dan pemantauan befokus
a Penyeliaan Awal dan Akhir tahun 2 kali 1 1 USR
b Penyeliaan Sekolah Angkat 4 kali 1 1 1 1 USR
c Penyeliaan Sekolah SKK dan SBT Rendah 3 kali 1 1 1 USR
d Penyeliaan Sekolah Band 4,5,6,7 dan Audit Berteguran 2011 3 kali 1 1 1 USR
3 Memperkasakan Pengurusan Guru Sekolah Rendah
a Pertukaran  dan penempatan dalam negeri dan antara negeri berasaskan ISO 2 kali 1 1 USR
b Penempatan guru lepasan KPLI,TESL,j-Qaf yang diluluskan KPM mengikut opsyen dan kekosongan serta kursus orientasi 2 kali 1 1 USR
c Redeployment berdasarkan opsyen,lokasi dan tempoh khidmat 2 kali 1 1 USR
d Pengisian jawatan pengurusan Guru Besar & GPK berasaskan Kuota ABM yang diluluskan 24 kali 6 6 6 6 USR/UNP
4 Memperkasakan Pengurusan Pendidikan Wajib
a Lawatan Penanda Aras 1 1 USR
b Taklimat Pengurusan Pendidikan Wajib kepada GPK HEM Baru 2 2 USR
c Seminar Keciciran Murid kepada GPK HEM dan Penyelia PPD 1 1 USR
5 Memperkasakan Sekolah Kategori Khas
a Sekolah Kluster Kecemerlangan Pertambahan daripada 6 kepada 10 6 buah 10 buah USR
b Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Pertambahan daripada 1 kepada 6 1 buah 3 buah USR
c Kursus Profesionalisma untuk guru Sekolah Kluster dan Sekolah Asli 1 kali 1 USR
d Kursus Pengurusan Sekolah SJKC untuk Guru Besar dan GPK 1 kali 1 USR
e Seminar Profesionalisma Guru-Guru SJKC Terengganu 3 3 USR
6 Memperkasakan Pengurusan Kepimpinan Sekolah
a Persidangan dan seminar Guru Besar negeri dan kebangsaan 2 kali 2 USR
c Bengkel Pengurusan Sekolah Cemerlang  1 kali 1 USR
d Guru Besar Bersama Pengarah bersama Pengarah Pelajaran Terengganu 3 kali 1 1 1 SPS
7 Memperkasakan Ketrampilan Pengelola Sekolah
a Persidangan dan seminar Pengelola Sekolah negeri dan kebangsaan 2 kali 1 1 USR
b Seminar Profesionalisma Pengelola Sekolah 1 kali 1 USR/APMT
c Bengkel  Penyeliaan dan Pemantauan 1 kali 1 USR
8 Pengurusan Strategik Unit Rendah
a. Perancagan SKT dan Kajian Separuh Penggal 2 kali 1 1 USR