KUALA TERENGGANU - Hari ini adalah kali ketiga saya sempat melawat dan memantau sekolah angkat saya, SK Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Walaupun kali ini pada bulan puasa saya ingin sekali bertemu terus dengan murid-murid Tahun 6. Ada sesuatu yang ingin saya sampaikan sebelum mereka menduduki UPSR .
Alhamdulillah 170 orang calon UPSR, SK Ketapang dapat dikumpulkan di makmal komputer sekolah. Saya agak teruja lebih-lebih lagi bila dimaklumkan oleh GPK Pentadbiran hingga OTI terkini seramai 21 orang calon telah mendapat 5A. Petanda awal yang lebih baik sebelumnya. Namun saya agak kecewa apabila dua soalan saya diperingkat awal : Siapa yang telah berusaha dan menumpu sepenuh daya, masa dan tenaga untuk perolehi 5A ? Jawapan : 0%. dan Siapa yang tidur selepas sahur ? Jawapan : 90% tidur. Bagaimana mereka hendak mendapat keputusan cemerlang kalau mereka "melanggar" hukum kecemerlangan. Bagaimana mereka hendak terbilang jika melanggar hukum keterbilangan? Apa hukumnya ? MALAS BERUSAHA. Berdasarkan pengalaman situasi ini sangat normal berlaku kepada murid kita. Justru itu mereka harus diberi motivasi berterusan..
Tidak mungkin kejayaan akan datang kepada mereka yang malas berusaha. Tidak mungkin kejayaan akan datang kepada mereka yang tidak sanggup berkorban dan bersusah-payah, cekal dan gigih. Tidak mungkin. Thomas Elva Edison berjaya menghasilkan mentol setelah beribu kali berusaha dan mencuba. Tegasnya hanya "Keinginan yang disertakan dengan daya usaha pasti akan mengubah dunia manakala keinginan yang tidak disertakan dengan daya usaha pasti hanya tinggal sebagai mimpi".
Saya amat yakin melalui perkongsian satu jam tiga puluh minit anak-anak Tahun 6, SK Teluk Ketapang dapat melihat kekuatan dan potensi mereka. Mereka mesti mampu menggilap dan menggarap kekuatan yang Allah anugerahkan pada mereka. Mereka tidak perlu menjadi luarbiasa untuk berjaya. Mereka perlu menjadi diri mereka yang biasa-biasa tetapi berfikir dan berusaha secara luarbiuasa bagi mendapatkan hasil yang luarbiasa. Mereka mesti yakin dengan keupayaan diri sendiri. Insyaallah mereka akan terbilang.
Saya juga berkesempatan bertemu pasukan pengurusan dan semua guru. Saya amat yakin jika pasukan pengurusan yang ada dan guru-guru yang sangat berpotensi dapat diserasikan menjana satu visi dan misi SK Teluk Ketapang mampu menjulang nama dan aura keterbilangannya. Pendeknya setiap warga SK Teluk Ketapang telah memainkan peranan serta sumbangan besar memajukan kecemerlangan pendidikan sekolah ini. Tahniah dan terima kasih cikgu.
No comments:
Post a Comment