Di tengah kota

DI TENGAH KOTA

Sesekali kita terasa sunyi
Biarpun di tengah hiruk pikuk
Dan lengking salakan
Kenderaan di tengah kota
Kerana kita tidak tega
Mencari ehsan
Dalam hati yang kerikil

Di sini egonya
Mencakar lampau
Puncak hutan kota
Persinggahan merpati
Dari awan elusi
Tanpa leluhur

Di sini waktu
Hanya malam dan siang
Dan semakin ramai
Kehilangan usia dan tarikh luput
Kerana wanginya habuk kota
Menutup penanda
Jalan pulang.

Lara MN
KUALA LUMPUR
30 Mei 2013

No comments:

Post a Comment