Tuesday, July 17, 2012

Taklimat dan bengkel Permohonan ABM Perjawatan daerah Marang, Dungun dan Hulu Terengganu

Unit Sekolah Rendah dengan kerjasama Penyelia Kanan Pengurusan PPD Marang, Dungun dan Hulu Terengganu meneruskan Taklimat dan Bengkel Permohonan Perjawatan Secara Online Tahun 2013. Pada sebelah pagi taklimat dan bengkel telah diadakan di daerah Marang bertempat di SK Gong Nangka melibatkan semua Guru Besar dan GPK Pentadbiran.

Pada sesi petang pasukan fasilitator telah dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama yang diketuai oleh Ketua Unit Sekolah Rendah ke PPD Dungun dan Penolong Pengarah Data dan ABM telah mengetuai taklimat daerah Hulu Terengganu di SM Sains Hulu Terengganu. Semua lokasi taklimat dipilih memerlukan khidmat talian internet agar GPK Pentadbiran dapat pengisian cadangan dan Guru Besar dapat membuat pengesahan terus secara online.

Besok taklimat akan diadakan di daerah Setiu dan kemudian pada petang akan diadakan pula di daerah Besut. Sememangnya tidak dinafikan di peringkat awal pelaksanaan ini banyak masalah dan isu teknikal seperti server, format dan sebagainya. Walau bagaimanapun pihak KPM bertungkus-lumus memastikan permohonan ABM online dapat dilaksanakan dengan sempurna melalui pelbagai support dan penambahbaikan berterusan. Justru kita berharap GPK Pentadbiran dan Guru Besar bersabar dan memahami serta melaksanakan dengan sebaik mungkin. Jika ada masalah pegawai di PPD dan di Unit Rendah  dapat membantu.

No comments:

Post a Comment