Thursday, July 19, 2012

Taklimat Permohonan ABM Perjawatan SR 2013 daerah Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU - Hari ini adalah "roadshow" Taklimat Permohonan ABM Perjawatan SR 2013 terakhir peringkat negeri Terengganu dengan daerah Kuala Terengganu sebagai destinasi terakhir. Taklimat hari ini dibahagi kepada dua sesi bertempat di SK Sultan Sulaiman 1 (SBT). Bagi sekolah sebelah Kuala Terengganu Utara diadakan di sebelah pagi dan pada sebelah petang pula ialah bagi sekolah sebelah Kuala Terengganu Selatan.

Ketua Unit Sekolah Rendah dalam taklimat ringkas mengingatkan kepada semua Guru Besar dan GPK Pentadbiran yang hadir tentang peri mustahaknya segala data dalam e-operasi sentiasa terkini kerana e-operasi digunapakai untuk pertukaran guru, permohonan perjawatan dan keperluan naik pangkat. Justru itu beliau berharap semua Guru Besar akautable dengan segala data dalam e-operasi.

Selain dari itu beliau mengingatkan Guru Besar dan GPK Pentadbiran agar sentiasa jujur dan adil dalam memberi prestasi kerana ianya menjadi keutamaan kepada urusan naik pangkat dan sebagainya. Kesilapan dalam membuat penilaian akan memberi kesan kepada masa depan calon.

Permohonan ABM Perjawatan SR 2012 secara online oleh pihak sekolah mula diperkenalkan pada tahun ini akan memudahkan pihak KPM memantau keperluan sebenar perjawatan di sekolah. Justru pihak sekolah perlu melaksanakan dengan cermat dan penuh tanggungjawab. Kedudukan data murid dan kelas amat penting sebagai kunci penentuan perjawatan. Permohonan perjawatan secara online lebih mudah kerana sistem akan generate keperluan perjawatan berasaskan data yang diberi.

Kita yakin walaupun daerah Kuala Terengganu daerah yang besar tetapi dengan semangat dan sikap  bertanggungjawab Guru Besar dan GPK Pentadbiran segala isu berkaitan kerjabuat ini dapat diselesaikan dengan sempurna.


No comments:

Post a Comment