Tuesday, July 31, 2012

Pegawai Perhubungan Sekolah SK Wakaf Mempelam yang baru

KUALA TERENGGANU - SK Wakaf Mempelam menerima pegawai perhubungan sekolah yang baru. Mereka sangat bertuah kerana pegawai perhubungan baru ini tidak lain tidak bukan ialah En. Jelani Sulong, Ketua Unit Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Sehubungan itu, En. Jelani Sulong telah mengadakan pemantauan dan kunjungan hormat terutama kepada Guru Besar dan GPK-GPK sekolah berkenaan pagi tadi. Pertemuan melebihi satu jam itu untuk mendapatkan maklumat serta status pengurusan semasa SK Wakaf Mempelam serta membincangkan isu-isu sekolah yang boleh beliau bantu.

Kita berharap selepas ini pihak SK Wakaf Mempelam dapat merujuk dan memaklumkan isu serta program sekolah mereka kepada pegawai perhubungan sekolah yang baru ini.

3 comments:

  1. Blog ini baru nak didaftar atas nama Unit Sekolah Rendah? Patutlah ramai orang cakap Blog ni sebenarnya Blog Mat Lazin,dia nak tulis apapun tentang sekolah rendah dia punya kuasa.

    ReplyDelete
  2. Xkisahlah blog sape2 pun.ambil yang positif.tahniah untuk en mat lazim coz update sentiasa blog yang berinformasi ini

    ReplyDelete
  3. Hahahahah ooooo gitu ker ? Naper Cikgu Mat Lazim buang masa dan tenaga buat blog yang tak der apa-apa dan berbayarpun. Baik dia buat blog dia sendiri. Satu lagi kalau blog ni dia kuasai dan tulis macam-macam tentang SR.. dia ada sebut nama guru besar ke, gpk ke, sekolah ker, guru ker dan maki hamun mereka ker. Atau dia sebut umum macam Quran seru .."Ya ayyuhallazinamanu atau Ya ayyuhannass"..

    Maaflah kami kadang kurang faham hendak berhujjah dengan orang hebat seperti tuan. Kalau nak tahu apa blog rasmi agensi kerajaan kena baca pekeliling dari mampu atau boleh tanya penasihat blog kami GPK1, SK Paya Bunga apa yang dimaksud dengan blog rasmi agensi kerajaan dan prosidurnya.Cuma sedikit yang kami tahu kalau agensi di bawah KPM untuk jadi blog atau lama rasmi didaftar server spt contoh http://www.moe.gov.my/unitrendah kut. Server blogspot.com ini bebas antarabangsa tuan tak jadi rasmi...heheheh

    ReplyDelete