Friday, July 20, 2012

CGPA 2.8 dapat masuk IPTA


PASIR MAS - Semua pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas, kini mempunyai tempat untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013 dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan pertama kali yang dibuat kementeriannya itu akan membolehkan 1,894 pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi yang memperoleh CGPA 2.8 ke atas yang sebelum ini tidak mendapat tempat, kini dijanjikan tempat untuk mereka.

"Kita sedia memberi mereka tempat dalam IPTA dengan syarat mereka terima apa sahaja tawaran bidang pengajian yang kita beri, jangan memilih," katanya selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Parlimen Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini semalam.

Sumber : Kosmo , 20 Jul 2012

No comments:

Post a Comment