Zauk Al-Falah

ZAUK AL-FALAH

Telah sekian lama
berkurun abad usia majazi dunia
tercatat dalam sirah dan kalam Tuhan
kemenjadian diri tanah kering
menifestasi ketidaksumpurnaan hakiki
namun kita terus tersihir
oleh serakah diri
mengutuk sunnah yang ditakdirkan

Lalu kita jauh kembara
dari teluk usia ke laut pengalaman
mentaksir dan mentamsil
mencari penawar
menutup luka
dan parut-parut dosa

Akhirnya mikrajmu
dengan roh dari segala rasa
tidak terhambat oleh
tanah,air,api dan angin
dilaut asyik nan saujana
meneguk lazat zauk al-falah.

Lara MN - Kuala Terengganu.
Jumaat, 24 Mei 2013.

No comments:

Post a Comment