Sunday, July 15, 2012

Penempatan dan Pertukaran Pengelola, Guru Besar dan GPK kuatkuasa 16 Julai 2012

KUALA TERENGGANU - Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengelola, Guru Besar dan GPK yang bertukar dan yang baru ditawarkan kuatkuasa 16 Julai 2012. Taklimat penempatan dan pertukaran telah diadakan di Bilik Galeri, SK Sultan Sulaiman 1 kepada Pengelola dan Guru Besar yang ditawarkan pemangkuan, GPK baru dan GPK yang dinaikkan ke GPK1 pagi ini.

Taklimat berkenaan telah disaampaikan oleh Ketua Unit Rendah. Turut hadir ialah Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD yang terlibat dan Pegawai Unit Sekolah Rendah. Tawaran pemangkuan DGA32 ke DGA34 melibatkan seorang pengelola dan dua orang Guru Besar. Semua Pengelola, Guru Besar dan GPK yang ditawarkan telah seratus peratus menerima tawaran berkenaan. Ini bermakna semua perjawatan Guru Besar dan GPK telah dapat dipenuhkan.Sementara surat pertukaran setara boleh didapati melalui PPD masing-masing mulai hari ini atau esok.

Ketua Unit Sekolah mengingatkan bakal pengurus sekolah ini agar sentiasa "up-date" pengetahuan dan kemahiran supaya dapat mengurus sekolah dengan yakin dan berwibawa. "Sebagai pemimpin yang diberikuasa melalui jawatan yangn dipegang maka "perintah" lah sekolah itu. Ramai orang hendak jadi Guru Besar dan GPK tapi tidak mahu berperanan sebagai Guru Besar dan GPK. Oleh itu macam mana sekolah hendak maju kalau Guru Besar dan GPK yang dianggap seperti raja tidak mahu memerintah ", tegas beliau.

Senarai Pengelola dan Guru Besar. KLIK
Senarai GPK. KLIK

 
 

1 comment:

  1. tukar GB pulau sorg sumbat molek ni...nampak susah sgt nak mari sekolah...main kot darat semace...

    ReplyDelete