Monday, July 16, 2012

Bengkel Permohonan ABM Perjawatan 2013 daerah Kemaman

KEMAMAN - Siri taklimat Permohonan ABM Perjawatan 2013 Sekolah Rendah negeri Terengganu dimulakan dengan daerah Kemaman pada hari ini. Semua Guru Besar dan GPK Pentadbiran sekolah-sekolah rendah daerah Kemaman telah hadir menghadiri taklimat penting ini. Taklimat dan bengkel ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Zamrud, PPD Kemaman.

Permohonan ABM Perjawatan 2013 akan dilaksanakan secara online di peringkat sekolah seluruh negara bermula hari ini. Bagi negeri Terengganu dimulakan taklimat dan  bengkel permulaan di daerah Kemaman kemudian sepanjang minggu ini bergerak ke daerah-daerah lain. Pegawai- pegawai dari Unit Rendah dan Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan membantu Guru Besar dan GPK Pentadbiran melaksanakan permohonan ABM ini agar setiap sekolah membuat bidaan yang tepat berasaskan keperluan sebenar untuk tahun 2013.

 

Justru permohonan ABM Perjawatan 2013 baru pertama kali dilaksanakan maka terdapat sedikit sebanyak masalah dari segi kefahaman konsep keperluan dan permohonan perjawatan, norma perjawatan , aks dan juga talian internet serta server yang kerapkali error. Walau bagaimanapun ianya tidak mematahkan semangat para Guru Besar dan GPK Pentadbiran melaksanakan tanggungjawab penting ini. Kita yakin bila kefahaman semakin mendalam dan kemudahan rangkaian perkakasan online semakin mantap ianya akan lebih banyak memudah dan membantu pengurusan sekolah membuat bidaan dengan cepat, tepat dan cekap untuk masa hadapan.

No comments:

Post a Comment