Sunday, July 8, 2012

Kementerian Perluas Sistem Modular Di Peringkat Sekolah Menengah Atas


KOTA BAHARU, 8 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelajaran akan memperluas Sistem Modular iaitu peperiksaan mengikut semester di peringkat sekolah menengah atas ke seluruh negara mulai tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian belum bercadang mengadakan sistem itu secara berpusat seperti yang terdapat di pusat matrikulasi.

"Walaupun sistem ini bukanlah merupakan sistem baharu kerana sudah diperkenalkan beberapa tahun lalu di peringkat tingkatan enam di negara ini, tetapi ia akan diperluaskan lagi ke seluruh negara mulai tahun ini," katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi Sekolah-Sekolah Kelantan 2011.

Abd Ghafar berkata sistem modular yang diperkenal itu memerlukan pelajar tingkatan enam menjalani pengajian tiga semester untuk mengumpul mata sebelum diterima melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi mengikut sistem merit.

Beliau berkata sistem itu mempunyai kelebihan dan setiap pelajar diberi pengisian dalam bidang pendidikan yang lebih luas berbanding sistem biasa.

-- BERNAMA


No comments:

Post a Comment