Friday, April 30, 2010

Terkini Penyertaan SJK(C) Terengganu dalam Ujian IQ UKM1

SJK(C) CHUNG HWA 30
SJK(C) KWANG HWA 214
SJK(C) SIN CHONE 22
SJK(C) CHEE MONG 1
SJK(C) LOK KHOON 0
SJK(C) CHUKAI 0
SJK(C) KUALA KEMAMAN 0
SJK(C) JABOR 10
SJK(C) CHUNG HWA WEI SIN 131
SJK(C) CHONG HWA 56

Ujian IQ UKM1 PERMATApintar - Update 30 April 2010

Seluruh     Negara

Negeri Terengganu

Renungan Jumaat - Membina adab anak melalui latihan amali


Adab-adab yang mulia hendaklah mula dibina dalam diri anak melalui latihan amali seperti:

1.   Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga. 

2    Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya. 

3    Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras. 

4    Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain . 

5    Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan. 

6    Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. 

7    Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur. 

8    Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.


Thursday, April 29, 2010

Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- Update 29 April 2010

Seluruh Negara


Negeri Terengganu
Tahniah telah melepasi pencapaian tahun lepas! Teruskan..masa ada 32 hari lagi

Wednesday, April 28, 2010

Mari Kita Berkongsi - Kantin SK Medan Jaya

Selain ruangan Renungan Jumaat, kami di Unit Penyeliaan Sekolah akan membuka rungan posting baru "Mari Kita Berkongsi". Ruangan untuk posting khas ini akan memaparkan sesuatu yang boleh kita manafaat atau contohi hasil penemuan kami bila kami memantau sekolah.

Untuk kali ini kita berkongsi tentang kekemasan,keceriaan dan kebersihan kantin SK Medan Jaya,Marang. Selain dari itu makanan yang disedia pengusaha kantin juga pelbagai dan enak. Tahniah kepada Guru Besar,GPK,guru,pengusaha kantin dan pelajar-pelajar yang telah berjaya menjadikan tempat makan yang
sangat selesa dan selamat.Semoga dari makan dan persekitaran yang sihat dapat melahirkan jiwa ,minda dan badan yang sihat dan cerdas.

Kita berharap sekolah-sekolah lain dapat mencontohi sekolah ini

Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- Update 28 April 2010

Seluruh Negara

Negeri Terengganu

Tuesday, April 27, 2010

Monday, April 26, 2010

Kedudukan Penyertaan Terkini Beberapa Sekolah Rendah Utama Seluruh Negeri

Penyiaran mengenai Ujian IQ UKM1 di blog ini telah bermula 15 April 2010 setelah selesai mesyuarat dengan Dr.Ros Amnah,Ketua Unit PERMATApintar,KPM. Selepas itu kita menyiarkan update kebangsaan dan negeri serta beberapa posting untuk merangsang dan memotivasikan pihak sekolah dan pelajar menyertai ujian ini.

Tahniah,penyertaan Terengganu telah meningkat seratus peratus dari tarikh itu hingga hari ini.Namun dalam masa yang sama negeri lain juga telah memacu laju terutama Kelantan,Johor dan Perak.Begitu juga Kedah dan Pulau Pinang juga agak kedepan sedikit daripada kita Kita rasa kalau sekolah-sekolah Terengganu dapat menggunakan peluang yang ada,penuh iltizam dan komitment kita memecut lebih hebat. Berikut kita senaraikan penyertaan murid Tahun 2 hingga 6 murid sekolah rendah yang primier seluruh negeri. Tahniah kepada yang telah berjaya memulakan dan kepada yang belum bermula kita ada masa 35 hari lagi. Kita akan siarkan kedudukan sekolah lain dari masa ke semasa..

  • SK Sultan Sulaiman 1 - 15 orang
  • SK Sultan Sulainman 2 - 10 orang
  • SK Tok Jiring - 50 orang
  • SK Manir - belum ada
  • SK Wakaf Mempelam - 1 orang
  • SK Tengku Mahmud - 3 orang
  • SK Pusat Jerteh - 2 orang
  • SK Tengku Mahmud 2 - 1 orang
  • SK Kg. Raja - belum ada
  • SK Saujana -17 orang
  • SK Bintang - 1 orang
  • SK Sungai Tong - 102 orang
  • SK Kampung Buluh - belum ada
  • SK Bukit Perah - 7 orang
  • SK Tengku Ampuan Intan - 3 orang
  • SK Kuala Berang - 134 orang
  • SK Seri Berang - belum ada
  • SK Bukit Sawa - belum ada
  • SK Padang Mengkuang - belum ada
  • SK Bukit Payong - 1 orang
  • SK Rusila - 21 orang
  • SK Batu 48 - 184 orang
  • SK Seri Paka - 72 orang
  • SK Sultan Omar - 6 orang
  • SK Sura - belum ada
  • SK Sultan Ismail - 34 orang
  • SK Chukai - belum ada
  • SK Pusat,Kemaman - 37 orang
  • SK Bukit Mentok 2 - belum ada

Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- Update 26 April 2010

Seluruh negara

Negeri Terengganu

Sunday, April 25, 2010

Plan Tindakan Sekolah Dalam Pelaksanaan Ujian IQ UKM1

Sedutan Lampiran 1 dari surat siaran JPN Terengganu mengenai Program PERMATApintar .P.T 25007-01/02/(02) bertarikh 18 April 2010
Lampiran I 
PELAN TINDAKAN PENYERTAAN
MURID-MURID SEKOLAH DALAM UJIAN UKM1/UKM2
PROGRAM PERMATApintar/PERMATAinsan TAHUN 2010

1.Melantik seorang guru khas bagi menyelaras penyertaan murid-murid dalam ujian UKM1 dan ujian UKM2 (Mohon hantarkan nama guru berkenaan kepada Penyelia Prasekolah PPD mengikut format sepertimana format berikut).

SEKOLAH
NAMA PENUH GURU
NO. K/P
NO. TEL BIMBIT

2 Menggalakkan penyertaan semua murid Tahun 2 – 6 (Sekolah Kebangsaan) dan murid Tingkatan 1 – 3 (Sekolah Menengah) mengambil ujian UKM1 secara atas talian dengan melayari ke alamat sesawang http:/www.permatapintar.edu.my) yang dibuka mulai 1 Mac hingga 31 Mei 2010.

3 Murid Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Elit, Menengah Kebangsaan (Agama), Sekolah Sukan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah diwajibkan menduduki ujian UKM1 dan UKM2.

4 Bagi murid-murid di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan, pihak sekolah hendaklah mewajibkan murid dari kelas projek / elit mengambil bahagian dalam ujian tersebut.

5 Pihak sekolah boleh meminta bantuan daripada pihak BTPN jika terdapat masalah pada sistem ujian tersebut.

6 Pihak sekolah diminta melaporkan penyertaan murid dengan menggunakan Borang Lapor Ujian UKM dan perlu dihantarkan kepada penyelaras berikut :-

i. Encik Mazlan bin Awang
Penolong Pengarah,
Pengurusan Murid Sekolah Menengah,
Unit Penyeliaan Sekolah Menengah,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

ii Encik Mohamad bin Sulaiman,
Penyelia Pengurusan Murid,
Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

* Semua laporan perlu sampai sebelum atau pada 20 Mei 2010

7 Bagi membantu murid-murid dapat mengisi profil dengan tepat, pihak guru berkenaan perlu menyediakan edaran atau mempamerkan butir-butir seperti:_

i. Nama Lengkap Sekolah
ii. Alamat Sekolah
iii. Kod Sekolah
iv. Jenis Sekolah.

8. Pihak sekolah diminta menggunakan kemudahan makmal komputer dengan mengatur jadual penyertaan murid untuk mengambil ujian tersebut.

9 Satu salinan borang Laporan tersebut hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing untuk perhatian Penyelia Prasekolah.

Manafaatkan e-book untuk Ujian IQ UKM1 PERMATApintar

Setakat ini hanya 710 orang daripada 23,164 orang Murid Tahun 6 Terengganu yang menerima e-book pada tahun lepas menyertai ujian IQ UKM1.Kita difahamkan bahawa e-book ini telah tersedia untuk internet access. Mengapa kita tidak gunakan peluang ini ? Kalau semua murid Tahun 6 sertai secepat mungkin kita tentu boleh mengatasi negeri lain. Apalagi bila murid Tahun 5 yang dah ada ini dimanafaatkan sama.

Pihak sekolah hanya bantu murid dengan perkara berikut:
Ayuh mulakan sekarang !!!!

Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- Update 25 April 2010

Seluruh Negeri

Negeri Terengganu

Saturday, April 24, 2010

Friday, April 23, 2010

Ujian IQ,UKM1 - Update 23 April 2010

Penyertaan seluruh negara


Penyertaan Murid Terengganu

Renungan Jumaat - Inspirational Quotes for Teachers


Inspirational Quotes for Teachers


"Awaken people's curiosity. It is enough to open minds, do not overload them. Put there just a spark." - Anatole France

 
"A teacher affects eternity; he can never tell where his influence stops." - Henry Brooks Adams
"A teacher is one who makes himself progressively unnecessary." - Thomas Carruthers 

" A teacher who is attempting to teach, without inspiring the pupil with a desire to learn, is hammering on a cold iron." - Horace Mann (1796-1859) 
"Education costs money, but then so does ignorance." - Sir Claus Moser     
                    
"Education...is a painful, continual and difficult work to be done in kindness, by watching, by warning,... by praise, but above all -- by example." - John Ruskin 
"Education's purpose is to replace an empty mind with an open one." - Malcolm Forbes 
"Education should turn out the pupil with something he knows well and something he can do well." - Alfred North Whitehead 
"Getting things done is not always what is most important. There is value in allowing others to learn, even if the task is not accomplished as quickly, efficiently or effectively." - R.D. Clyde 
"Give me a fish and I eat for a day.  Teach me to fish and I eat for a lifetime." - Chinese Proverb 
"Good teachers are those who know how little they know. Bad teachers are those who think they know more than they don't know." - R. Verdi 
"Good teaching is more a giving of right questions than a giving of right answers." -  Josef Albers
 
"I cannot teach anybody anything, I can only make them think." - Socrates
 
"If the child is not learning the way you are teaching, then you must teach in the way the child learns" - Rita Dunn 
"If what you're doing isn't working, try something else!" - NLP adage  
"I may have said the same thing before... but my explanation, I am sure, will always be different." - Oscar Wilde 
"I put the relation of a fine teacher to a student just below the relation of a mother to a son." - Thomas Wolfe
 
"It is important that students bring a certain ragamuffin, barefoot, irreverence to their studies; they are not here to worship what is known, but to question it." - J. Bronowski, The Ascent of Man 
"It is the supreme art of the teacher to awaken joy in creative expression and knowledge." - Albert Einstein

 
"Learning is finding out what you already know.  Doing is demonstrating that you know it.  Teaching is 
reminding others that they know it just as well as you.  You are all learners, doers, teachers" - Richard Bach 
"Men learn while they teach." - Lucius A. Seneca 
"No matter how good teaching may be, each student must take the responsibility for his own education." - John Carolus S. J. 
"People's behavior makes sense if you think about it in terms of their goals, needs, and motives." - Thomas Mann 
"Praise, like gold and diamonds, owes its values only to its scarcity." - Samuel Johnson 
"Spoonfeeding in the long run teaches us nothing but the shape of the spoon" - E. M. Forster 
"Teachers should guide without dictating, and participate without dominating." - C.B. Neblette 
"Teach your children by what you are, not just by what you say" - Jane Revell & Susan Norman 
"The authority of those who teach is often an obstacle to those who want to learn." - Cicero 
"The basic idea behind teaching is to teach people what they need to know." - Carl Rogers 
"The best teacher is the one who suggests rather than dogmatizes, and inspires his listener with the wish to teach himself." - Edward Bulwer-Lytton 
"The job of an educator is to teach students to see the vitality in themselves." - Joseph Campbell 
"The mind is not a vessel to be filled, but a fire to be ignited." - Plutarch 
"There are no difficult students - just students who don't want to do it your way" - Jane Revell & Susan Norman 
" The teacher who is indeed wise does not bid you to enter the house of his wisdom but rather leads you to the threshold of your mind." - Kahlil Gibran 
"To define is to destroy, to suggest is to create." - Stephane Mallarme 
"To me the sole hope of human salvation lies in teaching." - George Bernard Shaw 
"To teach is to learn twice." - Joseph Joubert 
"Try to present at least three options.  One is no choice at all.  Two creates a dilemma.  With three you begin to have real choice and flexibility" - Jane Revell & Susan Norman 
"We think too much about effective methods of teaching and not enough about effective methods of learning." - John Carolus S. J. 
"What we want is to see the child in pursuit of knowledge, and not knowledge in pursuit of the child." - George Bernard Shaw 
"Who dares to teach must never cease to learn." - John Cotton Dana 
"You cannot teach a man anything; you can only help him find it within himself." - Galielo Galilei 
"You can't direct the wind but you can adjust the sails." - Anonymous

Wednesday, April 21, 2010

Lawatan Kerja Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlang

Hari ini Tan Seri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad,Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan telah mengadakan pemantauan dan lawatan kerja kedua buah sekolah kluster di Terengganu.

Sekolah yang bertuah itu ialah Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 dan Sekolah Menengah Sultan Mahmud,Kuala Terengganu.Kedua-dua sekolah ini telah mendapat pengiktirafan Sekolah Kluster Fasa 3 pada tahun 2009.

Ketibaan rombongan Tan Seri di SK Sultan Sulaiman 1 telah disambut paluan kompang selawat. Satu demontrasi Teakwando yang merupakan cabang kebitaraan sekolah ini telah dipertontonkan.Selepas itu Tan Seri telah merasmikan Minggu Bahasa Inggeris juga bidang kebitaraan sekolah selain satu lagi bidang kebitaraan Bahasa Arab.

Selepas itu satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Guru Besar,SK Sultan Sulaiman 1,YM Tuan Syed Othman yang turut dihadiri Pengerusi PIBG sekolah ini.

Selepas sesi bergambar dengan semua guru dan staf ,Tan Seri telah bertolak ke Sekolah Menengah Sultan Mahmud. Di sekolah ini Tan Seri telah merasmikan mini gimnasium,di mana sesuai dengan kebitaran SM Sultan Mahmud yang memilih ragbi.

Selepas itu Tan Seri dan rombongan melawat makmal dan bahan kajian iaitu bidang kebitaraan akademik bagi sekolah ini.Sebelum taklimat Tan Seri telah melawat bilik kugiran orkestra yang menjadi salah satu lagi bidang kebitaraan sekolah ini.

Keseluruhan Tan Seri berpuashati dengan perancangan dan usaha yang dijalankan di dua sekolah ini dan berharap sentiasa cemerlang dan menuju ke arah pencapaian Sekolah Berprestasi Tinggi.

Ujian IQ UKM1 - Update 21 April 2010

Kedudukan hari ini seluruh negara

Kedudukan Terengganu hari ini

Tuesday, April 20, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN DATA MURID PENDIDIKAN WAJIB BIL 2/2010


Mesyuarat Pengurusan Data Murid Pendidikan Wajib Bilangan 2/2010 berlangsung di Bilik Mesyuarat 2, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang, Terengganu. Mesyuarat ini dirancang berlangsung mulai 20 hingga 22 April 2010. 
Menurut En. Wahab bin Mohammad, Penyelia Kanan Pengurusan Murid JPNT, kutipan data murid ini akan dikumpul di peringkat kementerian pada 2 Mei 2010. Data ini melibatkan pendaftaran murid yang akan memasuki Tahun Satu pada 2011 nanti.
En. Kamal bin Abdullah, dalam ucapannya mewakili Ketua Unit, memberi penekanan akan pentingnya ketepatan dan kesahan data. Lebih-lebih lagi dalam pengurusan data murid. Ini kerana sebarang kecuaian dalam aspek pengurusan murid boleh membawa implikasi yang  tidak baik. Terutamanya  kes keciciran pelajar, kemasukan awal dan pendaftaran mengikut kohort umur.
Dalam hal ini, ketelitian dan kecaknaan yang berterusan daripada semua Penyelia Kanan di PPD amat mustahak. Ini penting supaya kes-kes ketidaktepatan proses pengurusan yang berkaitan dengan pengurusan murid tidak terjadi di negeri Terengganu.

Ujian IQ UKM1 - Update 20 April 2010

Penyertaan Seluruh Negara

Penyertaan Terengganu

Monday, April 19, 2010

IQ TEST UKM1 PERMATApintar ada yang MENGGEMPARKAN !!

Pelik tapi benar.Itulah yang dapat saya simpulkan berhubung dengan tindakbalas kita dengan Ujian 1Q UKM1.Semasa mesyuarat dengan Ketua Unit,PERMATApintar KPM saya dimaklumkan oleh seorang ahli mesyuarat bahawa pada tahun 2009 penyertaan murid Terengganu dari Tahun 2 hingga Tingkatan 3 hanya sekitar 7,000 orang sahaja daripada 180,000 lebih yang layak. Saya sendiri yang diarah menghadiri mesyuarat ini dan  pertama kali didedahkan dengan program ini. Bermakna saya jauh lebih ketinggalan berbanding dengan pihak sekolah yang mungkin telah lama tahu tapi tak berapa ambil kisah.

Saya hairan macam mana pihak sekolah acuh tidak acuh sedangkan ini program dari KPM.Report penyertaan negeri barangkali dilapor kepada semua pengarah negeri dalam mesyuarat pengurusan KPM. Barangkali mereka ditanya tentang itu.Apa pengarah kita nak jawab. Kalau Perdana Menteri tanya Ketua Pengarah Pendidikan apa KPM nak jawab.Justru itu selepas mesyuarat dan mengetahuinya saya telah mempromosinya di sini dan juga melalui facebook. Saya membuat semakan melalui web kawalan KPM yang dibenarkan untuk pegawai negeri access.Alangkah terkejutnya saya kerana ada satu daerah pelajar SMK dan SMK Tingkatan 1 hingga 3 tidak ada seorang pun yang mengambil ujian ini.

Setakat yang saya kesan tahniah kepada SMK Sultan Sulaiman di mana  hanpir 300 muridnya yang telah mengambil ujian IQ UKM1. Kita mengaharapkan sekolah-sekolah lain mengambil tindakan segera sebelum serves sesak bermula bulan Mei nanti. Pihak jabatan akan menghantar surat rasmi ke sekolah dalam masa terdekat dan makluman melalui web jabatan. Blog ini akan menyiarkan bilangan penyertaan dari masa ke semasa.


Kemas kini hingga jam 6.15 petang

Terengganu daftar hari ini setakat jam 6,15 ptg seramai 224 berbanding Kelantan seramai 570.Tahniah kerana ada sedikit peningkatan tapi kena tambah lagi. Tengok esok berapa ???

Saturday, April 17, 2010

Mesyuarat Pengemaskinian Data Operasi Sekolah Rendah (DOSR) Kali ke-2/2010


Mesyuarat Pengemaskinian Data Operasi Sekolah Rendah (DOSR) Kali ke-2/2010 sedang berlangsung di Pusat Kokurikulum, Pulau Redang. Mesyuarat bermula pada 15 April dan akan berakhir pada 17 April 2010. Semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah dari PPD seluruh negeri Terengganu hadir ke mesyuarat ini.
Mesyuarat kali ini buat julung kalinya dihadiri oleh 2 orang pegawai dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). Mereka ialah En. Amat Roslan b. Abdul Rahman, Ketua Unit Sektor Sekolah Rendah BPSH dan En. Anwar Shahrir b. Abd. Halim, Pegawai Data Sektor Sekolah Rendah BPSH.

Bagi memastikan kelicinan dan ketepatan data operasi kali ini, Pegawai Pengurusan Maklumat dari Sektor Pengurusan Maklumagt dan ICT dan semua Penyelia Pengurusan Maklumat di semua PPD turut dilibatkan. Dalam ucapan aluan Ketua Unit Penyeliaan Sekolah Rendah, En. Jelani b. Sulong, beliau merakamkan penghargaan yang tinggi di atas komitmen dua orang pegawai dari BPSH yang sanggup turut serta dalam mesyuarat pengemaskinian peringkat negeri Terengganu.

Antara ahli lain yang hadir ialah Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah, pegawai dari Unit Kaunseling dan tiga orang pegawai dari Sektor Pendidikan Islam. Kesediaan semua ahli mesyuarat membuat verifikasi data guru berlangsung dalam suasana yang sungguh merangsangkan kerana ahli mesyuarat turut diatur trip ke Taman Laut dan Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang.

Friday, April 16, 2010

Renungan Jumaat - Kanak-kanak belajar daripada apa yang mereka alami


Jika kanak-kanak hidup dalam kritikan,
mereka akan belajar mengutuk.
                  
Jika kanak-kanak hidup dalam permusuhan,
mereka akan belajar bergaduh.

Jika kanak-kanak hidup dalam keaiban,
mereka akan sentiasa berasa bersalah.

Jika kanak-kanak hidup  dalam toleransi,
mereka akan belajar menjadi penyabar.

Jika kanak-kanak hidup dengan sanjungan,
mereka akan belajar menghargai.

Jika kanak-kanak hidup dengan saksama
mereka akan belajar menjadi adil

Jika kanak-kanak hidup dengan kesejahteraan,
mereka akan hidup menjadi setia

Jika kanak-kanak hidup dengan kebenaran,
mereka akan belajar menghargai diri.

Jika kanak-kanak hidup dengan persahabatan
mereka akan belajar kasih sayang.

Thursday, April 15, 2010

Program PERMATApintar, Ganu Tak Mboh Buat Rekod ker.....

Pagi tadi satu taklimat diberi oleh Dr. Ros,Ketua Unit , Unit PERMATApintar,insan & seni dari Sektor Permata,Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,KPM mengenai pengurusan Program PERMATApintar di Bilik Mesyuarat Alamada JPN Terengganu. Turut hadir ialah Ketua Sektor Khas dan Swasta,wakil BTPN,wakil Unit Menengah,Rendah,Prasekolah dan wakil dari Pahang dan Kelantan.
Menurut beliau satu unit yang baru sedang dipohon perjawatan dengan pihak atasan dinamakan Unit Permata akan diujudkan.Unit ini terletak dibawah Sektor Pengurusan Sekolah,JPN Negeri dengan keanggotaan terdiri dari  Ketua Unit DG44 dan dua pegawai DG41.

Antara fungsi UNIT  PERMATApintar,insan dan seni
  • Pengurusan penyertaan murid bagi ujian UKM1 dan UKM2
  • Pengurusan penyertaan murid bagi kem PERMATApintar dan PERMATAinsan
  • Pengurusan penyertaan murid dalam kem PERMATAseni Koir dan PERMATAseni Muzik
  • Pengumpulan profil murid pintar
  • Merancang program pintar cerdas di sekolah
  • Mempertingkatkan kompetensi jurulatih utama program pintar cerdas
  • Pengurusan melibatkan umur murid antara 8 hingga 15 tahun
  • PERMATApintar murid berumur antara 9 - 15 tahun
  • PERMATAinsan - murid berumur antara 8 - 12 tahun (hanya murid Islam sahaja)
Semua asas pemilihan profil , penyertaan peserta  dan apa sahaja untuk masa depan berkaitan PERMATApintar difahamkan berdasarkan ujian IQ,UKM1 dan UKM2.

Ujian IQ,UKM1
Tarikh : 1 Mac hingga 31 Mei 2010
Umur  : Tahun 2 (8 tahun) hingga Tingkatan 3(15 tahun)
Secara online : http://www.permatapintar.edu.my

Ujian IQ,UKM2
Tarikh : 1 Julai hingga 15 Ogos 2010
Umur  : Tahun 2 (8 tahun) hingga Tingkatan 3(15 tahun)
Secara online : http://www.permatapintar.edu.my
Syarat : Hanya yang layak. Semakan kelayakan pada 6 Jun 2010

Kita meminta Pengetua,Guru Besar,guru-guru,ibubapa supaya anak-anak mereka yang berada dalam kohort umur berkenaan mengambil ujian IQ,UKM1 tanpa apa-apa bayaran ini kerana banyak faedah masa depannya.Pihak sekolah diminta membantu menyediakan data sekolah seperti Kod Sekolah,Nama Sekolah dan alamat sekolah dan lain-lain bagi membantu murid mengambil ujian ini.Pasti murid sendiri yang mengambil ujian kerana ketidakjujuran ini akan dapat dikesan jika mereka terpilih menyertai mana-mana program.

Kalau Terengganu memperolehi Juara UPSR,Juara MSSM 2009 dan bermacam juara lagi kenapa kita tidak boleh jadi Juara Penyertaan Terbanyak Ujian IQ,UKM1 dan juga membuka peluang calon layak terbanyak untuk ujian UKM2. Kita yakin kita boleh jika ada kesungguhan. Kadar penyertaan peserta negeri Terengganu yang ambil ujian IQ,UKM1 sehingga 9 April 2010 agak TIDAK MEMUASKAN . Dari 181,154 orang yang layak hanya 3,190 orang yang ambil atau 1.76%. Kita ditinggal oleh Kelantan yang sekarang ini kadar penyertaan mereka paling tinggi antara negeri iaitu 3.67%

Terengganu mempunyai peluang menjuarai jika kita mampu pastikan 100% murid yang layak mengambilnya.Kami akan update kedudukan penyertaan dari negeri Terengganu (sebelah kanan blog) dari masa ke semasa ..
Data kemaskini pada :18 April 2010
Mari kita lakukan......

Wednesday, April 14, 2010

Perhimpunan Bulanan Staf JPNT Kali Ke 4

Sektor Pengurusan Sekolah telah menjadi host bagi Perhimpunan Staf Jabatan Kali Ke 4 yang berlangsung di Dataran Jabatan Pelajaran Negeri hari ini. Perhimpunan kali ke 4 bertemakan "Kreativiti dan inovasi menjana kecemerlangan". Perhimpunan berkenaan telah dihadiri oleh Pengarah,Timbalan Pengarah,Semua Ketua Sektor,Semua Pegawai PPD,Wakil dari BTPN,PKPSM,MGB dan semua staf Jabatan Pendidikan Negeri.

Pengarah Pelanjaran Negeri,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Sektor Pengurusan Sekolah kerana memilih tema berkenaan yang sangat sesuai dengan kerjabuat pegawai di semua peringkat pengurusan.Beliau juga menyatakan antara ciri orang yang cemerlang adalah sentiasa kreatif dan inovatif dalam pemikiran,tindakan dan tingkahlakunya.

Selain dari itu,Timbalan Pengarah Pelajaran,En.Razali bin Daud dalam ucapannya menyatakan bahawa konsep kreativiti dan inovasi  boleh bermula dari perkara kecil dalam berfikir dan kerja seharian.Apa yang penting setiap pegawai atau pekerja mesti ada integriti,inteligent dan high energy level.

Majlis Perhimpunan kali ini juga disesuaikan dengan tema terutama dari segi susunan tempat duduk pegawai dan kakitangan dan ruang wacana maklumbalas sebagai  satu lagi tambahan ruang menyalurkan pandangan selain mesyuarat rasmi dan peti cadangan bagi memperbaiki perkhidmatan dan kebajikan staf. Pada majlis itu juga Pengarah Pelajaran telah menyampaikan piala,medal,sijil serta cenderamata kepada pasukan Takraw SMK Bukit Nenas (Sekolah Sukan Terengganu) kerana menjadi johan antara regu dan pasukan Kejohanan Terbuka Swistzeland .Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah hari lahir yang mana hari lahir mereka jatuh pada bulan April.

Monday, April 12, 2010

Perayaan Hari Guru Kebangsaan dan Negeri 2010

Sebagaimana  yang kita sedia maklum bahawa Hari Guru dirayakan setiap tahun oleh warga guru dan masyarakat Malaysia pada 16 Mei setiap tahun. Pada tahun ini Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan  akan diadakan di Kuantan,Pahang Darul Makmur.Universiti Malaysia Pahang akan menjadi lokasi pelancaran Hari Guru Kebangsaan 2010 dengan kesinambungan tema perayaan "Guru Pembina Negara Bangsa".

Sehubungan dengan sambutan itu juga semua sekolah seluruh negara diminta mengadakan Gotong-Royong Perdana di sekolah masing-masing pada 15 Mei 2010. Sebelum tarikh itu juga pada 13 April 2010 malam akan diadakan Sembahyang Hajat dan Bacaan Yasin di seluruh  negara. Sekolah diminta menyambut Hari Guru Peringkat Sekolah pada 16 Mei serentak dengan Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.,

Sementara Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Guru yang bersidang pada hari ini pada 30 Mei 2010,jam 9.00 pagi di Universiti Darul Iman Malaysia. Menurut Yang Berbahagia Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, YAB Dato' Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu telah menyatakan persetujuan untuk merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Guru Negeri Terengganu turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pelajaran,Wakil UDM,IPGM Dato' Razali,IPGM Sultan Mizan,Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti,Ketua-Ketua Sektor,Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah dan Wakil Kesatuan Guru.

Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu selaku tuan rumah sambutan pada tahun ini telah membentangkan perancangan sambutan dan cadangan gimik.Sementara bagi Majlis Bacaan Yasin dan Sembahyang Hajat sempena Sambutan Hari Guru Peringkat  Kebangsaan yang akan diadakan 13 Mei 2010 malam diamanahkan kepada Sektor Pendidikan Islam untuk nmenguruskannya


Selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa telah melawat lokasi sambutan di Dewan Al-Muktafilbillah,Universiti Darul Iman Malaysia yang boleh memuatkan 1,500 orang .

Sunday, April 11, 2010

Kaedah Menjawab Esei PTK DGA38 (KUP) - Guru Besar / Pengelola

Pada Sabtu,17 April 2010 depan akan diadakan PTK terutama untuk Guru Besar Cemerlang dan Pengelola Cemerlang Gred DGA38(KUP) dengan pendekataan baru.

Semua calon dikehendaki menjawab  4 soalan esai. Dua soalan dari Kompentensi Generik dan dua soalan dari Kompentensi Fungsional. Masalahnya kena jawab betul-betul kerana :
  • jika anda dah dapat atau akan dapat aras III anda hanya ada peluang sekali jer lagi sepanjang kehidmat anda atas gred itu untuk ambil PTK 4A ini.Aras III telah melayakkan anda memohon jawatan naik pangkat
  • jika anda dapat aras IV layak anjak gaji dan layak mohon naik pangkat. Peluang untuk dapat aras ini hanya ada dua kali sahaja sepanjang kerja atas gred DGA38.
Oleh itu,untuk memastikan jawapan anda terbaik sila download di sini

Sebelum ke pusat periksa PTK sila pastikan perkara berikut di bawa bersama:
  •  Tiket dapatkan dari webdi sini
  •  Kad Pengenalan asal
  • Surat Kenaikan Pangkat /Pemangkuan
  • Satu soalan komponen Generik dan satu soalan komponen Fungsional yang anda cipta sendiri
Tanpa dokumen di atas anda TIDAK DIBENARKAN MENDUDUKI PTK
"Selamat Berjaya "

Saturday, April 10, 2010

Membela Pendidikan Pedalaman..

TAK kenal maka tak cinta." Itulah ungkapan yang sering bermain dalam fikiran Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang selama ini hanya mendengar keluhan rakyat Sabah dari jauh terutama yang berkaitan masalah sekolah di kawasan luar bandar di negeri itu.Bacaan lanjut..

Bertuahnya guru yang masih disayangi murid..

SHAH ALAM: Seorang pelajar lelaki cedera selepas dibelasah dengan topi keledar oleh dua lelaki yang menceroboh kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 di sini sebelum sesi sekolah bermula pagi ini.

Kedua-dua lelaki itu yang berumur 18 dan 23 tahun kemudiannya diberkas di sebuah pangsapuri di Subang Jaya tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin berkata suspek yang dipercayai bekas pelajar sekolah itu telah memasuki kawasan sekolah kira-kira 7 pagi sebelum terserempak dengan seorang guru wanita.

"Apabila disoal oleh guru itu, suspek dikatakan telah memberitahu bahawa mereka mahu berjumpa dengan sepupu salah seorang dari suspek.
"Guru berkenaan kemudiannya meminta mereka supaya menunggu di ruang menunggu. Tetapi suspek berang dengan kenyataan guru itu lalu memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap guru berkenaan," katanya.

Noor Azam berkata melihat kekecohan itu, tiga pelajar mendapatkan guru mereka dan turut meminta suspek yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol supaya tidak membuat kecoh dan memarahi guru mereka.

"Tetapi suspek menolak seorang pelajar dan menghayun topi keledarnya sebelum mereka bertindak melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya.

Noor Azam berkata guru berkenaan kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam. - BERNAMA

Cerita dari Harian Metro mengenai kes di atas.

Komen admin:
Semoga masih ramai lagi murid atau pelajar yang menyayangi dan menghormati guru mereka. Guru yang berkesan pasti mampu 'menitiskan ilmu ke dalam lubuk jiwa murid untuk bangkit dan bangun menjadi manusia yang bermaruah"