Sementara bagi penduduk Bukit Kuang khususnya anak-anak mereka yang belajar di SMK Sultan Ismail dan SMK Sultan Ismail II dan mungkin jika ada di SMK Kijal dengan beroperasinya SMK Bukit Kuang banyak menjimatkan masa,tenaga dan risiko kepada ibubapa dan anak-anak mereka.
Mesyuarat Penyelarasan Pembukaan dua sekolah ini telah diadakan pagi tadi di SMK Banggol yang dipengerusi sendiri oleh En. Zakaria Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Ketua Unit Pembangunan JPNT, Timbalan PPD Kemaman, Pegawai dari JPNT dan PPD. Pasukan Pengurusan Sekolah SMK Banggol dan SMK Bukit Kuang serta guru-guru yang akan bertugas di SMK Banggol yang akan memulakan operasi pada 16 Julai ini. Sementara SMK Bukit Kuang dijangka pada 1 Ogos depan.
Kita berharap dengan beroperasinya dua sekolah ini ibubapa dan masyarakat setempat dapat memberi sokongan, kerjasama dan dokongan padu kepada sekolah untuk membangunkan pendidikan anak-anak supaya hasrat melahirkan isan terbilang melalui pendidikan berkualiti dapat direalisasikan .
No comments:
Post a Comment