Wednesday, July 25, 2012

Mesyuarat dan Bengkel Penyelarasan Permohonan ABM Perjawatan 2013 SR Terengganu

KUANTAN - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Unit Pengurusan Sekolah Rendah sedang melaksanakan Mesyuarat dan Bengkel Penyelarasan Permohonan ABM Perjawatan 2013 SR Terengganu. Bengkel berkenaan bermula 24 - 26 Julai 2012 di Duta Village, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Peserta bengkel terdiri daripada wakil unit yang terlibat dengan perjawatan sekolah rendah seperti Pendidikan PraSekolah, Pendidikan Khas, Pendidikan Islam ,Pegawai-pegawai dari Unit Pengurusan Sekolah Rendah dan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD seluruh negeri.

Bengkel ini adalah kesinambungan daripada taklimat ke semua sekolah mengikut daerah yang telah dilaksanakan pada 16 - 19 Julai 2012. Hasil daripada permohonan sekolah itu akan disemak dan diverifikasi oleh PPD dan kemudiaannya diverifikasi oleh JPN sebelum dikemukakan kepada pihak KPM pada 27 Julai ini. Semuanya mesti dilakukan dengan hati-hati dan cermat agar murid memperolehi guru yang mencukupi untuk tahun hadapan.

Kita juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi penghargaan terima kasih dan tahniah kepada semua Guru Besar dan GPK Pentadbiran yang telah melaksanakan tugas permohonan ini dengan penuh dedikasi walaupun perkara ini  baru dan pelbagai masalah dihadapi. Justru ianya memberi semangat kepada PPD dan JPN menyediakan permohonan dengan baik dan sempurna agar semua sekolah memperolehi guru dan kakitangan sokongan yang mencukupi dan sekolah dapat beroperasi dengan baik pada persekolahan sesi depan.

Kami juga melahirkan rasa kagum dan penghargaan terima kasih kepada semua pegawai terlibat walaupun terpaksa meninggalkan keluarga pada bulan Ramadhan tetapi tetap gigih dan bersemangat melaksanakan amanah yang diberi. Bahkan ibadat Terawih tetap diteruskan. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan Duta Village kerana bermurah hati menyediakan ruang untuk dijadikan surau bagi memudahkan kami melaksanakan ibadah Terawih ini.

Kita berharap dan berdoa semoga permohonan ABM Perjawatan 2013 SR Terengganu dapat dikemukakan dengan sempurna kepada KPM mengikut jadual yang ditetapkan dan sekolah kita pada tahun 2013 dapat perjawatan yang mencukupi dan beroperasi dengan sempurna demi pendidikan murid-murid kita. Insyaallah.


No comments:

Post a Comment