KUALA TERENGGANU - Tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada mereka yang bertukar dan yang dinaikkan pangkat. Semoga legasi cemerlang ditinggalkan dan visi gemilang bakal dicipta di tempat baru. Seringkali kita berpesan, "jangan sekali-kali kehadiran kita seorang menyusahkan ramai orang". Berilah perkhidmatan terbaik dengan tekad dan azam baru di bulan yang mulia ini.
Harus difahami dan dingati mulai 1 Ogos 2012 kalian bukan lagi mempunyai hak kepada sekolah lama dan seberang urusan yang tidak selesai hendaklah dilaksanakan dari sekolah baru ke sekolah lama. Jika ada sebarang pertanyaan boleh bertanya atau rujuk PPD.
Pergerakan dan pertukaran Guru Besar dan GPK sehingga 15 September 2012 mungkin dibekukan sementara bagi membolehkan sekolah memberi tumpuan pada UPSR, lagipun ada sesetengah daerah guru akademiknya tidak cukup jika guru akademik itu dilantik sekarang sebagai GPK. Oleh itu, pihak sekolah bolehlah menggunakan tenaga sumber yang ada untuk sementara waktu.
Maklumat lanjut:
Senarai Guru Besar. KLIK
Senarai GPK. KLIK
tq bagi peluang bertukar
ReplyDelete