Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar diperuntukan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan berkuatkuasa pada 1 Mac 2004 bagi menggantikan Cuti Sambilan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977
Mereka yang layak Cuti Rehat Khas
- Semua pegawai yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal atau cuti semester di sekolah atau Institusi Pelajaran dan pengajian tinggi;
- Guru sandaran terlatih; dan
- Guru kontrak
Peraturan dan syarat
"Pihak yang meluluskan hendaklah memastikan pengurusan pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas"
Permohonan CRK yang boleh dipertimbangkan oleh pengurusan sekolah antaranya:
- Menziarahi ahli keluarga terdekat (suami /isteri yang sah,anak-anak dan ibubapa kandung pegawai - Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Tahun 2002) yang sedang sakit @ meninggal dunia
- Menziarahi sanak saudara (adik-beradik, ibubapa mertua, datuk-nenek pegawai dan lain-lain saudara mara yang rapat dengan pegawai - Perintah Am Bab C 1 (x) yang sakit atau meninggal dunia
- Upacara/perayaan tahunan agama yg tidak diperuntukkan cuti umum oleh kerajaan
- Kecemasan dan kemalangan seperti kebakaran, banjir
- Menghadiri majlis konvo (diri sendiri/anak/suami/isteri)
- Perkahwinan (guru sendiri @ anaknya sahaja)
- Menghantar ahli keluarga terdekat dan sanak saudara rapat menunaikan fardu haji
- Mendaftar anak ke IPT/Sekolah Asrama Penuh
- Mengiringi suami/isteri atau anak mendapat rawatan perubatan
Walau bagaimanapun Ketua Jabatan boleh memberi pertimbangan atas lain-lain alasan yang munasabah dengan syarat kelulusannya tidak menjejaskan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas.
mohon share artikel...
ReplyDeleteBiasanya isu tentang CKS, ada pentadbir tindak membenarkan guru mengambil CKS walaupun surat kelayakan guru memohon CKS telah dikeluarkan bagi guru-guru yang sambung belajar PPG secara PJJ, mohon PPD/JPN melihat perkara ini dengan lebih mendalam... http://www.jpa.gov.my/docs/spp/2009/07/spp072009.pdf
ReplyDeleteDan perkara 7 (vii) http://www.jpa.gov.my/docs/spp/2009/07/spp072009.pdf ini yg selalu diguna pakai oleh pentadbir kepada guru-guru PJJ PPG ini :)
Sememangnya pun mana-mana cuti yang diperuntukkan bukan hak mutlak kita atau pegawai. Kita hanya boleh memohon tetapi kelulusannya bergantung kepada budibicara ketua jabatan berasaskan kepentingan perkhidmatan.
ReplyDeleteJustru itu perlunya hubungan baik dan persefahaman antara pegawai dan ketua jabatan.
kalu asyik nak ikut ketua jabatan saje buat ape ada perkeliling...biasanya ketua jabatan susah meluluskan wpun tidak menjejas pengajaran..harap ambil perhatian
ReplyDeletemacam mana dengan cuti persekolahan akhir tahun...guru dikehendaki bertugas lagi dua minggu awal cuti dan dua minggu akhir cuti....bila boleh cuti
ReplyDeleteIdaganu sila rujuk surat pekeliling iktisas bilangan 5 1977, pentadbir boleh panggil guru bertugas semasa cuti sekolah,
ReplyDeleteidaganu, selagi kita penjawat awam,selagi tu lah kita kena akur. Bila nti kita dilantik sbagai ketua jabatan, baru kita tahu apa tindakan harus kita ambil dn fikirkan
ReplyDeleteSetuju sgt dgn Anonymous. Kita yg pilih profesion ini, maksudnya kita dah faham dan sedia berkhidmat dgn penuh dedikasi dan keikhlasan. Wahai idaganu, sedarlah, profesion guru sgt mulia di mata masyarakat dan mulia di sisi agama, itupun jika kita ikhlas melaksanakannya... renung2kanlah...
ReplyDeleteSaya sangat setuju dengan pendapat UB&K SKPP..
ReplyDeleteKalau dah kita pilih kerjaya ini..maka patuhi lah dan hayati lah demi bangsa, negara dan paling utama demi agama..jangan kita tersalah langkah dengan rasuah masa..Amin.
3 hari buka sekolah (minggu pertama), kena hantar urus pendaftaran anak ke asrama penuh di pantai barat, sedangkan saya bertugas di pantai timur...terpaksa ambil crk 2 hari.....layakkah saya? Jika ketua jabatan tidak meluluskan nak selesaikan macam mana?
ReplyDeleteAnak sakit di KL, mohon crk dr GB, tp GB kata tk boleh lepaskan saya ambil cuti kerana crk bulan Februari br boleh pohon.... tak faham
ReplyDeleteSaya pernah terkena kes sebegini. Akhirnya saya memohon cuti tanpa gaji kerana pihak pengurusan tidak membenarkan saya memohon crk. Tak apalah....anak lebih penting.
Deletebiasalah anak-anak buah susah cuti. cikgu 7 hari. ppd, jpn, guru besar 25 hari. 7 banding 25 memang jauh bezanya. konon pekeliling..cube check guru besar korang ikut betul tak time pejabat. sapa nak jawab tu. akhirat nanti le. anak buah disuruh telus dan jujur..diri sendiri biar lolos
ReplyDeletecuti sambilan...rumah banjir,kena ambik surat dari jkkk sebagai bukti baru layak cuti sambilan.
ReplyDeleteCRK kena juga ke? Senang saja ambil MC kalau nak pi mana-mana. Terpaksa tipu...kerana CRK banyak songeh!
saya mohon share artikel ini di blog saya:
ReplyDeletehttp://cikmatahariku.blogspot.com.
terima kasih.
Assalam, klu kt sekolah ader program ari sabtu, tp guru tak dpt hadir kerana ada kenduri kahwin adik contohnyer, adakah ketidakhadiran program hari cuti itu kena isi cuti rehat khas?... terima kasih
ReplyDeleteSekiranya hari sabtu tersebut bukan sekolah ganti, guru tidak perlu memohon cuti. Cukup sekadar memaklum kepada pihak pengurusan ttg ketidakhadiran.
DeleteCuti rehat khas bukan hak guru dan ia adalah bergantung kpd kelayakan.perkhidmatan awam diutamakan.Cuti rehat khas 7 hari guru dengan cuti rehat yang guru besar nikmati sebanyak 25 hari ada berbeza pendekatannya.25 hari untuk 1 tahun.guru-guru walaupun 7 hari CRK tetapi bagaimana pula dengan cuti sekolah.malahan melebihi 25 hari cuti rehat guru besar.Keikhlasan jalankan tugas,tidak akan timbul soal kenapa tentang cuti rehat ini.
ReplyDeleteGb selalu ponteng...x de bik cuti pun,,,
ReplyDeletecrk bukan hak(tu ada dlm pekeliling), 7 hari memang xcukup bila guru tu bnyk masalah peribadi(urusan keluarga dan urusan sendiri). ada bnyk guru xpernah ambil crk sb dia boleh mengurus sehingga boleh mengumpul cuti utk dibyr semasa pencen. apa2 pun bila ada masalah sehingga perlu meninggalkan sk perlulah berbincang dgn pentadbir moga dpt pertimbangan dan budi bicara. pihak pentadbir perlulah patuh arahan pekeliling tapi perlu ada jua budi bicara dlm sesetengah stiuasi. pentadbir pun guru jua, sesekali dia pun ada masalah jua walaupun ada cr xlh secara automatik hantar borang cr terus dpt cr. gb ada dua waktu kerja - wp1 dan wp2, guru2 kena tau jua. GB pun bukan semua akur dgn masa kerja, ada yg bermasalah jua tapi bnyk jua yg sll kerja lebih masa dan ada jua cr nya hangus disebabkan komitmen dgn tugas. apa2 pun utk guru - berbicanglh dgn pentadbir
ReplyDeleteAda peraturan ke yang kelayakan cuti itu dibahagi dengan jumlah bulan dalam setahun bagi melayakkan berapa harikah yang layak diambil untuk satu-satu bulan.
ReplyDeleteContoh CRK : 7hari/12bulan = 0.58 , maksudnya CRK layak diambil 1 hari dalam tempoh 2 bulan.
Sy pun nk tnya soalan yg sama..ada ke peraturan mcm ni
DeleteMaaf...saya just nak minta pendapat..saya minta cuti sbb anak saya demam panas..boss pulak tak kasi dgn alasan perlu minta awal 3 hari..dan saya terpaksa pergi ke klinik swasta tuk ambil mc. Benda yg sama juga berlaku pada kwn saya bila maknya sakit dikampung boss tidak izinkan cuti dgn alasan yg sama..adakah masih perlu mengikut pekeliling sedangkan tiada budi bicara dah ihsan dari boss.
ReplyDeleteSaya akan menunaikan umrah pada cuti sekolah bulan Mac 2014. Sya memerlukan cuti tambahan sebanyak 4 hari. Guru besar hanya meluluskan cuti rehat 1 hari dan cuti tanpa gaji 3 hari. Sebelum ini saya jarang mengambil cuti rehat atau lain-lain cuti. Jika mengambil peperiksaan saya datang juga ke sekolah tanpa mengambil cuti tanpa rekod. Perkhidmatan saya selama ini melebihi guru-guru lain kerana terlibat dengan kelas tambahan.Walau bagaimanapun saya tidak mendapat keistimewaan cuti rehat tersebut semasa memerlukannya kerana ada peraturan yang kelayakan cuti itu dibahagi dengan jumlah bulan dalam setahun bagi melayakkan berapa harikah yang layak diambil untuk satu-satu bulan.
ReplyDeleteContoh CRK : 7hari/12bulan = 0.58 , maksudnya CRK layak diambil 1 hari dalam tempoh 2 bulan.
Adakah ini pekeliling wajib atau ada budi bicara jika terdapat keperluan? Jika peraturan ini wajib, mengapa permohonan CRK pada bulan Januari dan Februari boleh mendapat kelulusan. Kalau hendak berkira sangat sebelum habis bulan Februari tiada siapa pun yang layak mendapat CRK ini.
ada sesetengah pengetua bagi cuti pada org2 tertentu je..walaupun kadang2 ada yang lebih perlu x dapat pun
ReplyDeleteBAGAIMANA PULA DGN GPK YG PERLU BERTUGAS SEMASA CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN. GPK SAMA SAHAJA DGN GURU LAIN, TIADA CUTI REHAT, CUMA ADA CUTI PENGGAL. TAPI GURUBESAR BUAT JADUAL SURUH GPK BERGILIR BERTUGAS MASA CUTI PENGGAL SEBAB DIA NAK BERCUTI... SEDIH SUNGGUH MENGNANG NASIB... NAK MENGELUH, INI PROFESION PILIHAN KITA, TAWARAN JADI GPK KITA YG TERIMA... WAHAI GB FAHAMILAH KAMI.....
ReplyDeletesaya rasa kementerian dan jabatan pendidikan negeri gagal mengawal bidang kuasa guru besar di sekolah. Kementerian dan JPN memberikan kuasa sepenuhnya kepada Guru Besar dan Pengetua dan tudak menyediakan platform untuk para guru membuat aduan dan memgambil tindakan terhadap setiap aduan yg dikemukakan.
ReplyDeleteHari in kereta saya tidak dapat start kereta oleh itu minta Cuti Rehat Khas, tetapi guru besar meminta saya mengambil cuti sakit pula. Keadaan yang saya hadapi dikira kecemasan atau bukan? Takkan saya biarkan keteta dan minta orang lain bawa saya ke sekolahkan?
ReplyDeleteHari in kereta saya tidak dapat start kereta oleh itu minta Cuti Rehat Khas, tetapi guru besar meminta saya mengambil cuti sakit pula. Keadaan yang saya hadapi dikira kecemasan atau bukan? Takkan saya biarkan keteta dan minta orang lain bawa saya ke sekolahkan?
ReplyDeleteBolehkan guru memohon CRK untuk menziarahi sanak- saudara(ibu bapa mentua) semasa Nuzul Quran?Adakah. Kelulusan ini atas budi bicara ketua jabatan iaitu guru besar?
ReplyDeletesaya pun sekarang menghadapi masalah cuti sebegini. minggu lepas saya ambil crk 2 (ogos)hari untuk menghadiri majlis watikah pentauliahan sebagai pasukan tentera simpanan anak saya di perak. kebetulan sabtu adalah cuti ganti. saya ambil cuti sabtu dan ahad. bulan september ini, saya akan menghadiri majlis konvokesyen anak di perlis. saya merancang bercuti crk 2 hari lagi. pihak sekolah tidak mengizinkan saya mengambil cuti 2 hari ini kerana telah melebihi quota. 1 hari untuk dua bulan.(ogos dan september). nak ambil mc tipu macam mana.apa alasan apa?
ReplyDeletePentadbir saya mengarahkan kami mencari guru ganti sendiri sekiranya memohon CRK atas sebab kecemasan. Adakah ini prosedur yang betul?
ReplyDelete