KUALA LUMPUR,
25 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan bahawa
kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum
RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.
-- BERNAMA

macamana dengan rakan yang masih bergaji tahun 2011.sampai julai masih gaji lama.separuh gaji lama dengan separuh gaji baru banyak beza juga
ReplyDeleteItulah kesan semerta yang dapat dilihat jika sesuatu itu tidak diurus dan dilaksana secara urgensi dan emergensi. Harap-harap bagi yang naik gaji Jan, April dan Jul tapi belum naik harap ada pelarasan balik tentang bonus ni.
ReplyDelete