KUALA TERENGGANU - " Berdasarkan pengalaman anak saya sebagai jurutera elektrik jika elektrik padam sekarang selewat-lewat jam 12.00 malam nanti elektrik akan dipulihkan ataupun lebih awal. Jika akauntan tersilap perkiraan lima sen sebelum jam 11.00 malam punca perkiraan itu akan dapat dikesan. Tetapi jika guru SR silap mendidik (ilmu,kemahiran dan nilai) sekarang kesannya akan dirasai duapuluh atau tiga puluh tahun akan datang", demikian antara intipati ucapan En. Zakaria Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah sewaktu menyampaikan ucapan di Majlis Taklimat Penempatan Guru SR Lepasan Program B.Ed. TESL di Gelari Sulaiman, SK Sultan Sulaiman 1, pagi ini.
Beliau juga mengingatkan sepuluh orang guru baru ini bahawa tugas guru adalah luas dan sukar kerana kita membina dan membentuk manusia yang menuntut banyak pengorbanan masa dan tenaga. Tegas beliau lagi tugas guru bukan mengajar semata-mata tetapi melaksanakan sokongan pembelajaran seperti kegiatan kokurikulum yang perlukan kemahiran, kecekapan dan kebijaksanaan.
Sebelum itu, En. Johari Ismail dari Unit Latihan menyampaikan taklimat program pembangunan guru baru. Sementara Ketua Unit Sekolah Rendah, En. Jelani Sulong menyampaikan taklimat berkaitan penempatan dan perkhidmatan. Pada majlis berkenaan juga kecuali Besut semua Penyelia Kanan PPD hadir kerana mereka menerima guru baru bagi daerah masing-masing.
Kita amat yakin guru-guru ini yang mengadakan twin-program dengan universiti luar negara selama dua tahun bukan sahaja dapat memenuhi masalah kekurangan Guru Bahasa Inggeris tetapi juga mampu mempertingkat penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Monday, February 20, 2012
Taklimat Penempatan Guru SR Lepasan Program B.Ed. TESL
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 4:08:00 PM 0 ulasan
Sunday, February 19, 2012
Isu 15,000 guru tidak naik gred : Respone Timbalan Menteri Pelajaran
“Daripada rekod Kementerian Pelajaran, kita dapati 7,396 pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPPLD) sudah diperakui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dilantik sebagai pegawai perkhidmatan siswazah.
“Bagaimanapun, pelantikan mereka tidak dapat dilakukan tahun lalu berikutan pembekuan itu... sebab itulah timbul isu berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Minggu lalu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng mendedahkan kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred DG41 walaupun sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu.
Situasi itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang terpaksa membuat pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan peribadi bagi menampung kos menyambung pelajaran masing-masing.
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 7:23:00 PM 1 ulasan
Pemantauan dan Bimbingan SKK di SK Gong Badak
Biarpun baru dan persiapan baru bermula tetapi semangat ingin berkerja ke arah yang lebih baik itu yang paling utama. Setidak-tidaknya mereka telah memulakan misi dan visi ke arah SKK dan insyaallah ke SBT. Potensi ke arah itu bagi sekolah ini amat besar. Peluang membina jaringan dengan pelbagai insitusi amat luas justru anak-anak mereka ramai yang belajar di sekolah ini.Seperti mana-mana sekolah, budaya dokumentasi sebagai aviden atau bukti pelaksanaan sesuatu perancangan masih lemah sedangkan banyak yang telah dilakukan dan dicapai.
Untuk makluman semua sekolah yang dicalonkan sebagai panduan dalam penyediaan bahan bidang kebitaraan yang dipilih perkara berikut perlu dititkberatkan sama ada kebitaraan akademik atau sukan/permaian :-
- Perancagan strategik bidang kebitaraan itu dari 2009 hingga 2011
- Program-program dan bukti-bukti pelaksaanaan seperti surat, gambar, sijil dan lain-lain
- Impak - khusus kepada pencapaian bidang itu sendiri dan penyebaran ilmu dan kemahiran kepada seluruh warga yang dibuktikan dengan - carta, gambar, sijil dann sebagainya.
- Melaksanakan dan menyediakan proses kerja SKPM dengan sempurna
- Pengurusan Sistem Fail mengikut piawaian yang ditetapkan
- Pengurusan Kewangan yang kemas dan sempurna
- Pengurusan,perancangan,pelaksanaan dan pelaporan lengkap bidang kurikulum, hem dan kokurikulum
- Pemilihan bidang kebitaraan serta mengurusnya dengan sempurna
- Mendokumentasi semua kejayaan sekolah - sekolah,guru dan murid
- Membina jalinan ( antara sekolah dengan sekolah) dan jaringan (antara sekolah dengan pelbagai insitusi lebih tinggi)
- Mendokumentasi tokoh-tokoh berjasa kepada sekolah
- Merancang dan melaksana program penandaarasan dengan sempurna
- Membina budaya sukakan kesempurnaan dan keterbilanagan
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 1:33:00 PM 0 ulasan
Info Sihat : Minum teh elak serangan jantung
LONDON 18 Feb. - Pengambilan tiga cawan teh setiap sehari cukup untuk mengelak anda daripada serangan jantung dan diabetis jenis 2, menurut satu kajian terkini.
Kajian diketuai Dr. Carrie Ruxton itu menunjukkan pengambilan teh hitam secara teratur, sama ada ditambah dengan susu atau tidak, boleh mengurangkan masalah jantung dengan memotong paras kolestrol jahat dan juga gula dalam darah.
Beliau yang merupakan Pakar Pemakanan berkata, manfaat teh terletak pada kandungan flavonoid, iaitu bahan anti-oksidan yang berfungsi mengawal penyakit kardiovaskular.
“Sebenarnya banyak manfaat yang terkandung dalam minuman kegemaran ramai ini daripada apa yang kita jangkakan,” kata Ruxton, yang juga merupakan anggota Panel Penasihat Teh (TAP).
Menurutnya, secawan teh menyediakan antara 150 dan 200 miligram flavonoid dan ia merupakan sumber anti-oksidan terbaik berbanding hidangan-hidangan lain.
Sebagai perbandingan, kandungan anti-oksidan dalam dua cawan teh bersamaan dengan lima bahagian sayur-sayuran.
Seorang lagi anggota TAP, Dr. Tim Bond pula berkata, masalah kronik seperti sakit jantung, strok dan diabetis berkait rapat dengan proses keradangan dan kehadiran radikal bebas pro-oksidan yang berlebihan dalam badan.
“Bahan anti-oksidan dan anti- keradangan yang terkandung dalam flavonoid teh hitam memberi kesan positif kepada tubuh,” katanya. - AGENSI
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 7:43:00 AM 0 ulasan
Friday, February 17, 2012
Renungan Jumaat : Pemimpin yang adil
Maka rakyat pun berduyun-duyun pergi mendapatkannya, tidak terkecuali Umar. Namun, dia seolah-olah mendapat kain yang besar kerana saiz badannya memang besar. Ada yang mengetahuinya kerana mereka menyaksikan sendiri pembahagian tersebut yang dilaksanakan secara terang-terangan.
Pada suatu hari, Umar berkhutbah memberi semangat kepada kaum Muslimin untuk berjihad dan menjelaskan kepetingannya.
“Dengarlah dan taatilah perkataanku ini.” Dia berhenti dan menjadi hairan. Ketika itu, tiada langsung suara gemuruh mahupun sorakan yang biasanya kedengaran bagi menyokong kata-katanya. Malah satu suara yang cukup nyaring pula kedengaran.
“Tidak ada perhatian dan tidak pula ketaatan. Tidak ada tentara yang maju dengan senjata-senjatanya di medan pertempuran!” kata suara itu seperti dalam keadaan marah.
Umar menjadi semakin hairan dengan suasana yang berbeza dari kebiasaan itu.
“Mengapa sikap kamu semua berubah,” dia bertanya.
“Engkau mengambil kain sebagaimana yang kami ambil, tapi bagaimana kain itu cukup-cukup bagimu sedangkan engkau seorang yang berbadan besar ? Pasti ada sesuatu yang telah engkau lakukan sesuai dengan dirimu sendiri!” kata seseorang dengan nada tinggi.
Mendengar pernyataan itu, Umar lalu memanggil anaknya, Abdullah.Anaknya itu diminta menjadi saksi dan mengumumkan kepada orang ramai di situ apa yang sebenarnya terjadi. Abdullah pun berkata bahawa dia memberikan lebihan kainnya kepada Umar sehingga ayahnya dapat memakai pakaian yang menutup auratnya, sesuai dengan bentuk tubuhnya yang tinggi dan besar.
Orang yang berbicara lantang tadi pun duduk. Dia faham akan apa yang berlaku dan berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh Abdullah dan Umar itu.
“Sekarang kami mendengar dan kami taat,” katanya. Sikap ini kemudian diikuti oleh segenap hadirin.
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 5:10:00 AM 0 ulasan
Thursday, February 16, 2012
Respon YAB Timbalan Perdana Menteri mengenai isu 15,000 guru yang dah lulus temuduga belum dilantik ke DG41
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan mengambil berat kebajikan warga pendidik terutama dalam kenaikan gred dan elaun guru yang tertangguh.
“Kalau ada sebarang tuntutan yang munasabah... jangan ambil masa lama. Kena jaga kebajikan guru.
“Sebab itu, dalam Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), saya minta Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman turut beri perhatian kepada guru,” katanya.
Sumber : myMetro: 15 Februari 2012 . Laporan penuh. KLIK
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 6:38:00 PM 0 ulasan
SK Paka 2 berpotensi meraih pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan
DUNGUN - Setakat ini tiada sebuahpun SR atau SMK di daerah Dungun yang meraih anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) atau Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kecuali SM Sains Dungun yang baru-baru ini menerima pengiktirafan SKK dalam kategori Sekolah Berasrama Penuh. Sesekali timbul pertanyaan mengapa SR atau SMK daerah Dungun yang terkenal dengan legasi keterbilangan zaman Dato' Cg. Rahim Tahir menjadi Pengetua SMK Tengku Intan Zaharah lagi tidak mampu mencapai SKK atau SBT?
Pagi tadi dalam perjalanan dari satu mesyuarat di Kuantan, saya, Ketua Unit Rendah dan Ketua Unit Prasekolah sempat singgah di SK Paka 2 antara salah sebuah sekolah yang dicalonkan untuk pengiktirafan SKK Tahun 2012 selain SK Tepus dan SK Kampung Wa. Tujuan dan niat kami untuk melihat persediaan pihak sekolah bagi menghadapi pencalonan ini, kekuatan-kekuatan yang ada serta masalah-masalah yang boleh kami bantu. Kami bertiga belum pernah sampai ke sekolah ini dan kehadiran kami ke sini tidak kami maklumkan kepada pengurusan sekolah.
Apabila memasuki kawasan sekolah kami terasa aura "kehebatan" melihat kebersihan, seni taman serta iklim persekolahan yang begitu memberangsangkan. Bertemu dengan pasukan pengurusan sekolah meyakinkan kami bahawa SK Paka 2 mempunyai potensi besar bergerak ke arah SKK dan SBT pada masa depan. Sikap positif, semangat yang tinggi dan kesediaan mengorbankan masa dan tenaga dari kalangan pengurusan sekolah akan memotivasikan guru-guru dan warga sekolah di bawahnya. Kita selalu dengar " Tidak ada sekolah yang baik dipimpin oleh Guru Besar atau Pimpinan Sekolah yang lemah". SK Paka 2 mempunyai kekuatan tunjang ini. Mereka memiliki Guru Besar dan barisan GPK yang boleh memimpin sekolah dengan berkesan.
Sayangnya budaya dokumentasi setiap kejayaan dan hasil tidak bermula sejak dari dahulu lagi. Kalaulah perkara demikian telah bermula sejak lama pasti lebih memudahkan kerja-kerja pencalonan itu. Bagaimanapun kesediaan dan kesabaran pimpinan dan para warga sekolah berusaha melengkaptambah dan menyusunatur semula merupakan usaha yang sangat terpuji dan patut diberi kredit.
Satu lagi sumber kekuatan yang dimiliki SK Paka 2 mereka mempunyai kombinasi guru senior dan junior yang dapat menyatukan misi dan visi dan aspirasi untuk berjaya serta menjadi yang terbaik dengan kuat. Mereka nampak bersemangat dan bertenaga. Mereka mempunyai idea yang kreatif. Jika mana-mana sekolah yang ingin membuat lawatan penandaarasan berkaitan Kelas Pendidikan Khas Integrasi, Kelas Pendidikan Pemulihan, Bilik j-Qaf serta Pengurusan Bilik Buku Teks (Boss) inilah sekolahnya. Semangat dedikasi , idea dan kreativiti diterjemahkan dengan baik sekali. Datanglah anda akan belajar sesuatu.
Kami percaya jika jalinan hubungan pengurusan sekolah, para guru, ibubapa dan PIBG dapat digembeling dan dipertingkatkan SK Paka 2 akan menjadi Sekolah Kebangsaan Pertama di daerah Dungun yang bakal meraih pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Kejayaan itu nanti bakal memudahkan laluan sekolah ini untuk meraih anugerah Tawaran Baru Guru Besar dan mencapai pengiktirafan tertinggi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Tidak ada yang mustahil. Hendak seribu daya mahu seribu cara.
Tahniah SK Paka 2, anda memiliki potensi besar untuk dipugar menjadi sekolah tersohor dan terhebat.
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 4:56:00 PM 3 ulasan
Wednesday, February 15, 2012
Mesyuarat Pengurusan Murid Pendidikan Wajib
KUANTAN - Unit Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Terengganu mengadakan Mesyuarat Pengurusan Murid Pendidikan Wajib Kali 1, tahun 2012. Mesyuarat yang bermula 14 - 16 Februari 2012 di Hotel Seri Malaysia, Kuantan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Wahab bin Mohamad, Penyelia Kanan Pengurusan Murid. Semua Penyelia Kanan dan Penyelia Pengurusan Murid hadir. Turut hadir wakil Unit Prasekolah dan wakil dari Sektor Pendidikan Khas dan Swasta.
Ketua Unit Sekolah Rendah, En. Jelani Sulong hadir menyampaikan ucaputama dalam mesyuarat ini. Beliau menyentuh pelbagai isu berkaitan pengurusan murid, naik pangkat, sekolah kluster dan sekolah berprestasi tinggi dan isu penempatan guru. Beliau berharap semua pegawai pengurusan murid juga dapat membantu terutama bagi sekolah yang dicalonkan sekolah kluster.
Sementara itu Ketua Unit Prasekolah, En. Zakaria Muda menerangkan siaran berkaitan pendaftaran dan pengurusan prasekolah dan mohon pegawai pengurusan murid di setiap PPD membantu menyampaikan maklumat kepada pengurusan sekolah dan masyarakat.
Antara perkara yang menjadi fokus utama dalam mesyuarat ini ialah:
- Enrolmen murid pada 31 Januari 2012
- Keciciran Murid Tahun 1
- Isu dan Penyelesaian Daftar Lewat
- Data Murid Bukan Warganegara
- Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1, tahun 2013/2014
- Permohonan Murid masuk awal
- Data Guru dan Murid sekolah pedalaman
- Data Guru dan Murid Sekolah SKM
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 9:46:00 PM 0 ulasan
Tuesday, February 14, 2012
Pertukaran dan Penempatan Guru Besar dan GPK kuatkuasa 16 Feb 2012
Semua Guru Besar atau GPK yang terlibat boleh mendapatkan surat mereka daripada PPD masing-masing. Mereka dikehendaki melapor diri di sekolah baru mulai 16 Februari. Guru Besar dan GPK yang terlibat juga diwajibkan mengisi borang serah tugas yang boleh didownload dalam web ini.
Selamat bertugas kepada semua yang terlibat, semoga kehadiran anda bakal menyemarakkan gerakan kecemerlangan sekolah berkenaan.
Senarai lengkap pertukaran dan penempatan Guru Besar & GPK pada 16 Februari 2012. KLIK
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 1:29:00 PM 0 ulasan













