MELANGIR SUMPAH MERDEKA
Tanah berdaulat ini
kian garing dan gersang
molekul kasih semakin peroi
setelah darah pejuang
semakin hilang hanyir
dibancuh adun setia
dengan selaut ragu
gelojoh sang algojo
Sumpah merdeka kian seru
sayup dan pilu
tak kala panji keramat
semakin condong
menimpa pewaris
yang pekak dan buta
dengan kemelut yang sulit
membangunkan minda
merdeka
Mari kita langirkan tanah berdaulat ini
dengan sumpah setia merdeka
biar subur pepohon jiwa kasih
biar mekar bebunga rasa cinta
setiap titih generasi
kerana inilah yang kita ada
kerana inilah yang kita miliki
sejengkal tanah merdeka
Lara MN
Kuala Terengganu
28082014
No comments:
Post a Comment