Dalam ulasan isu pada kali ini saya ingin menyentuh salah satu aspek penting penilaian ialah berkaitan "tahap kebolehan ICT" calon. Tahap yang diukur sebagaimana sedutan borang seperti di bawah:-
Sesungguhnya realiti dalam kerjabuat pengurusan harian masa kini kemahiran ICT adalah satu keperluan dan kemestian. Dalam bahasa paling mudah jika seseorang Guru Besar jahil ICT maka dia tidak layak jadi Guru Besar. Sepatutnya syarat kemahiran ICT ini menjadi "mandatori". Saya percaya panel mesti memerlukan aviden yang konkrit untuk menilai calon pada bahagian ini.
Saya berpendirian bahawa pengurus sekolah WAJIB menguasai ICT bagi menambah kecekapan pengurusan mereka. Terdapat segelintir pengurus sekolah yang "geli geleman" dengan komputer hingga kadangnya "mewali" dan "mewakafkan" termasuk kerja-kerja "sulit" kepada orang lain. Antaranya seperti menyerahkan kepada Guru Data untuk urusan pengesahan e-gtukar. Id dan password Guru Besar bukan menjadi sesuatu yang sulit lagi bila setiap tahun diminta kepada admistrator negeri oleh Guru Data. Bagaimana Guru Besar yang tidak mahir ICT untuk menyembunyikan digri sulit Nilaian Prestasi Tahunan kalau rumusan dan sebagainya diserahkan kepada orang lain.
Sewajarnya kita tidak memandang remeh perkara ini kerana ia melibatkan soal integriri dan respektasi orang kepada kita selaku Guru Besar. Kita bimbang kelak nanti kelemahan kita itu menjadi senjata menikam kita sendiri. Justru mempelajari kemahiran ICT sangat mustahak kepada Pengurus Sekolah. Selain tahu menggunakan perisian asas kita juga perlu tahu dan mahir untuk menggunakan email dan capaian internet atau online kerana stail pengurusan sekarang menjadikan ICT sebagai medium utama. Banyak capaian online yang KPM laksanakan seperti e-operasi, e-gtukar, aplikasi data murid, pendaftaran murid tahun 1, hrmis, emis online dan sebagainya.
Sebagai Guru Besar kita mesti tahu sama ada melaksanakan sendiri atau kerja pemantauan agar pengurusan dan sekolah kita sentiasa up date dan kemaskini. Dalam blog ini ada banyak perkara untuk dimuat turun seperti borang pertukaran GPK, Guru Cemerlang dan sebagainya. Ada setengah bahan khas untuk Guru Besar download. Kami ada cara memantaunya. Jika Guru Besar peka dan tahu ICT, banyak perkara yang mereka boleh bantu guru dengan pantas dan mudah. Mereka akan dilihat sebagai "Pemimpin Rujukan" bukannya sebagai "Pemimpin Siaran atau Pemimpin Sialan" seperti mana yang diperkatakan berkaitan jenis pemimpin oleh Prof Dr. Syed Muhamad Naquib Al-Atas
Kami tahu bahan apa yang dimuat turun dari blog
Saya amat bersetuju dengan ulasan isu yang ditulis di atas. Dari pemerhatian saya sebagai guru yang telah bertugas dibeberapa buah sekolah dan telah berkhidmat selama 24 tahun sebagai guru penolong, kebanyakkan pentadbir amat kurang kemahiran ICT dan tidak berusaha mempelajari sesuatu ilmu ICT dan hanya mengharapkan guru2 bawahan dIsebabkan kurang berminat dengan ICT, malah untuk mendapatkan komputer untuk kegunaan sendiri pun dirasakan sesuatu yang tidak perlu.
ReplyDeleteTapi di zaman ledakan ICT, mana mungkin seorang pentadbir yang pasif terhadap ICT untuk menganjak diri mereka bersaing dengan ilmu-ilmu ICT dan segala aplikasi ICT yang mula digunakan disegala peringkat jabatan dan KPM. Oleh itu pemilihan jawatan Guru Besar sepatutnya memberi penekanan yang tinggi terhadap kemahiran ICT ini, walaupun markah prestasinya agak kurang kerana markah prestasi adalah bersifat subjektif dan tidak menunjukkan prestasi dan komitmen sebenar seseorang guru.
Saya pernah bertanya kepada rakan2 guru, mengapa dimohon sesuatu jawatan kenaikan pangkat sedangkan kemahiran asas ICT pun tidak menguasai, beberapa jawapan mereka;
1. Tak pandai ICT tak apa…boleh suruh cikgu bawahan buat.
2. Kita beri je tugasan berkaitan ICT tu kepada guru yang mahir.
3. Kita minta tolong guru2 yang pandai ICT
4. Dalam borang naik pangkat tu, kita tanda je kita boleh ICT…
Susulan dari jawapan yang diberi di atas, saya berharap pihak yang berkenaan perlu mengenal pasti betul2 kemahiran ICT guru yang memohon. Kalau perlu, beri ruang kepada mereka ini menunjukkan bukti dan kemahiran mereka dalam ICT, bukan hanya sekadar tercatat kebolehan mereka diborang pemohonan sahaja.
Sebagai pentadbir juga perlu menguasai ilmu ICT (media baru) bagi memudahkan segala visi & misi, hasrat dan info terkini sekolah, jabatan dan KPM dapat disampaikan dengan segera untuk disalurkan kepada kakitangan dan guru2 bawahan. Dengan kekangan masa dan kesibukan sebagai pentadbir segala info yang perlu disampaikan kepada guru terbantut disebabkan kekangan tersebut. Justeru itu, menguasai media baru seperti blog perlu diketahui oleh pentadbir bagi memudah proses penyampaian sesuatu info. Tidak ramai pentadbir yang mempunyai blog mereka sendiri bagi melonjakan aras pendidikan kita ke tahap yang lebih tinggi dan terkesan.
Akhir kata...ini adalah pandangan peribadi saya sendiri, diharap ia sedikit sebanyak memberi motivasi kepada guru2 yang berminat dengan jawatan pentadbir, kuasailah ilmu ICT kerana ia banyak memberi manafaat dan tidak dipandang rendah oleh guru2 lain.
Terima kasih.
Terima kasih atas pandangan dan perkongsian bernas CgAzmi
ReplyDelete