Sunday, April 8, 2012

Taklimat Pencalonan SBT 2012 Terengganu

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Urusetia SBT telah mengadakan taklimat berkenaan kepada dua puluh lima wakil sekolah Band 1, Timabalan PPD dan juga Sektor-Sektor, MGB Terengganu bagi memberi kefahaman, kaedah dan tatacara SBT. Selain dari itu, Sektor dan PPD dapat menyediakan pelan bantuan bagi menyokong usaha-usaha sekolah terbabit menyediakan pencalonan mereka.

Ketua Sektor Sekolah, En. Zakariah Ali dalam taklimat mengenai Laporan SBT 2011 dan Persediaan SBT 2012 menegaskan bahawa guru besar dan sekolah-sekolah terpilih sangat bertuah . Beliau menegaskan bahawa Allah meletakkan mereka berkemampuan memikul misi dan visi ke arah SBT ini. Selain itu beliau mahu pencalonan negeri Terengganu mencapai seratus peratus. Soal berjaya atau gagal dapat SBT soal kedua yang penting sekolah mesti mencalonkan diri dahulu, tegas beliau.

Selain itu Taklimat SBT meliputi  ciri dan kreteria SBT, Penarafan Kendiri SKPM, penilaian Annex dan persediaan sekolah juga telah disampaikan Ketua Unit Rendah  dan Pegawai Meja SKK/SBT. Urusetia SBT negeri juga akan mengadakan program bimbingan bagi membantu dan membimbing sekolah-sekolah terbabit menyediakan diri untuk penilaian pencalonan SBT. Kita berharap dengan komitmen dan iltizam yang tinggi dari pengurus sekolah terlibat, PPD dan JPN maka bilangan sekolah Terengganu yang mencapai tahap SBT akan bertambah.


Muat turun bahan taklimat : KLIK

No comments:

Post a Comment