Tuesday, April 10, 2012

Pembentangan Pencalonan SKK Menengah 2012

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Urusetia Sekolah Kecemerlangan telah mengadakan pembentangan pencalonan bagi calon-calon terpilih SKK negeri Terengganu untuk dinilai oleh panel khas JPN Terengganu. Panel terdiri pegawai JPN dan JNJK Terengganu. Pembentangan telah diadakan di Bilik Anjung Ilmu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

En. Salim Ab. Ghani, KPP Sektor Pengurusan Sekolah telah menjadi Pengerusi Panel dan beliau ataupun Ketua Sektor Pengurusan Sekolah akan membentangkan sekolah terpilih di KPM pada 16 dan 17 April 2012 depan. Melalui pembentangan ini panel dapat menilai serta membimbing sekolah menyediakan diri dan aviden yang dikehendaki oleh JNJK yang akan menverifikasikannya nanti.

Sekolah-sekolah yang terlibat dalam pembentangan pencalonan ialah :-

  1. SM Imtiaz, Dungun
  2. SM Imtiaz, Hulu Terengganu
  3. SM Teknik Terengganu
  4. SMK Chukai, Kemaman
  5. SMK Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu
  6. SMK Rantau Petronas, Kemaman
  7. SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun
  8. SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu


0 ulasan:

Post a Comment