Program yang dijayakan di Langkawi Pulau Lagenda ini berlangsung pada 17 hingga 19 April 2012. Program ini dirasmikan pembukaanya oleh En. Zakaria bin Hussin ,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bakal ditutup secara rasminya oleh Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu.
En. Zakaria Hussin yang baru dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Negeri akan menerima laporan khas daripada semua Ketua Sektor dan Pegawai Pelajaran Daerah. Mereka akan membentangkan laporan khas berkaitan perancangan, pelaksanaan serta hala tuju organisasi masing-masing kepada pengarah. Tiga slot pembentangan dijayakan di bilik berasingan.
Manakala di bilik berasingan, peserta Program Ilmu mengikuti slot yang telah dirancang lebih awal seperti isu-isu semasa pendidikan dan program-program Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S yang akan dilaksanakan di peringkat JPN dan PPD serta dasar-dasar baru KPM dan kerajaan khususnya berkaitan pendidikan.
Sementara itu. Pengarah semasa menyampaikan ucapan perasmiannya serentak mengajak semua pemimpin pendidikan negeri menilai semula kemenjadian hasil pendidikan negara. Pengamatan beliau mendapati agak besar peratusan pelajar yang tertinggal dalam proses pendidikan. Sedangkan mereka ini semuanya bakal mengisi agenda pembangunan negara. Ramai juga kalangan pelajar lepasan sekolah yang berjiwa lemah walaupun berpendidikan tinggi. Contoh mudah yang dibawa ialah guru-guru baru lepasan IPG atau IPT yang kurang ketahanan diri apabila ditempatkan di luar kawasan asal mereka. Ini jelas menggambarkan tahap ketahanan diri anak-anak Malaysia hasil daripada didikan kaum guru.
Pada akhir ucapannya, Pengarah menyeru semua kepimpinan JPN Terengganu dan PPD serta peserta untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan selagi hayat dikandung badan.
No comments:
Post a Comment