Saturday, April 7, 2012

MAIDAM Terengganu sedia RM30 juta untuk pendidikan


KUALA TERENGGANU 6 April - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu mengeluarkan peruntukan sebanyak RM30 juta tahun ini berbanding RM19 juta tahun lalu bagi memenuhi keperluan pendidikan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Harujan Sulaiman berkata, peruntukan itu merangkumi kesemua keperluan dalam bidang pendidikan termasuk membiayai pengajian pelajar di universiti tempatan dan luar negara.

Beliau memberitahu, tambahan peruntukan itu dibuat berdasarkan pendekatan MAIDAM yang komited membangunkan bidang pendidikan dalam kalangan pelajar Terengganu sejajar dengan hasrat kerajaan negeri.

Jelasnya, daripada RM30 juta yang diperuntukkan tahun ini, RM2.2 juta adalah khusus untuk mengurus serta membiayai pengajian hampir 800 pelajar Terengganu di universiti tempatan dan luar negara.

Sumber : Utusan Malaysia online,7 April 2012 

 

No comments:

Post a Comment