Sunday, April 8, 2012

Susulan Hikmah BR1M, Norhidayah,ibu ucap terima kasih kepada Perdana Menteri

TEMERLOH 7 April - Seorang wanita dari Kuala Krau di sini yang berjaya menemui ibunya menerusi program Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) hari ini berkesempatan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri.

Norhidayah Awang, 27, meluangkan masa selama 15 minit di lobi Hotel Seri Malaysia di sini untuk bertemu dan berterima kasih kerana ilham Perdana Menteri mewujudkan BR1M membolehkannya bertemu dengan ibunya yang terpisah selama 21 tahun.

Dia bersama ibunya, Khatijah Jaafar, 49, berasa terharu dan gembira dengan kesudian Perdana Menteri meluangkan masa bertemu mereka.

"Hari ini merupakan sejarah dalam hidup saya kerana dapat bertemu dengan pemimpin nombor satu negara walaupun hanya 15 minit tetapi ia pengalaman bermakna

 Sumber : Utusan Malaysia Online, 8 April 2012

 

No comments:

Post a Comment