tag:blogger.com,1999:blog-5891535209032991826.post7674938124663337726..comments2024-01-19T16:46:21.446+08:00Comments on UNIT SEKOLAH RENDAH: Ulasan isu : Pentadbir Sekolah wajib mahir ICTUSR BLOGGER TEAMhttp://www.blogger.com/profile/12557301553277727263noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-5891535209032991826.post-81782124366831218472012-04-06T11:30:02.760+08:002012-04-06T11:30:02.760+08:00Terima kasih atas pandangan dan perkongsian berna...Terima kasih atas pandangan dan perkongsian bernas CgAzmiUSR BLOGGER TEAMhttps://www.blogger.com/profile/12557301553277727263noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5891535209032991826.post-59268019238054619952012-04-06T11:15:43.025+08:002012-04-06T11:15:43.025+08:00Saya amat bersetuju dengan ulasan isu yang ditulis...Saya amat bersetuju dengan ulasan isu yang ditulis di atas. Dari pemerhatian saya sebagai guru yang telah bertugas dibeberapa buah sekolah dan telah berkhidmat selama 24 tahun sebagai guru penolong, kebanyakkan pentadbir amat kurang kemahiran ICT dan tidak berusaha mempelajari sesuatu ilmu ICT dan hanya mengharapkan guru2 bawahan dIsebabkan kurang berminat dengan ICT, malah untuk mendapatkan komputer untuk kegunaan sendiri pun dirasakan sesuatu yang tidak perlu.

Tapi di zaman ledakan ICT, mana mungkin seorang pentadbir yang pasif terhadap ICT untuk menganjak diri mereka bersaing dengan ilmu-ilmu ICT dan segala aplikasi ICT yang mula digunakan disegala peringkat jabatan dan KPM. Oleh itu pemilihan jawatan Guru Besar sepatutnya memberi penekanan yang tinggi terhadap kemahiran ICT ini, walaupun markah prestasinya agak kurang kerana markah prestasi adalah bersifat subjektif dan tidak menunjukkan prestasi dan komitmen sebenar seseorang guru.

Saya pernah bertanya kepada rakan2 guru, mengapa dimohon sesuatu jawatan kenaikan pangkat sedangkan kemahiran asas ICT pun tidak menguasai, beberapa jawapan mereka;
1. Tak pandai ICT tak apa…boleh suruh cikgu bawahan buat.
2. Kita beri je tugasan berkaitan ICT tu kepada guru yang mahir.
3. Kita minta tolong guru2 yang pandai ICT
4. Dalam borang naik pangkat tu, kita tanda je kita boleh ICT…

Susulan dari jawapan yang diberi di atas, saya berharap pihak yang berkenaan perlu mengenal pasti betul2 kemahiran ICT guru yang memohon. Kalau perlu, beri ruang kepada mereka ini menunjukkan bukti dan kemahiran mereka dalam ICT, bukan hanya sekadar tercatat kebolehan mereka diborang pemohonan sahaja.

Sebagai pentadbir juga perlu menguasai ilmu ICT (media baru) bagi memudahkan segala visi & misi, hasrat dan info terkini sekolah, jabatan dan KPM dapat disampaikan dengan segera untuk disalurkan kepada kakitangan dan guru2 bawahan. Dengan kekangan masa dan kesibukan sebagai pentadbir segala info yang perlu disampaikan kepada guru terbantut disebabkan kekangan tersebut. Justeru itu, menguasai media baru seperti blog perlu diketahui oleh pentadbir bagi memudah proses penyampaian sesuatu info. Tidak ramai pentadbir yang mempunyai blog mereka sendiri bagi melonjakan aras pendidikan kita ke tahap yang lebih tinggi dan terkesan.

Akhir kata...ini adalah pandangan peribadi saya sendiri, diharap ia sedikit sebanyak memberi motivasi kepada guru2 yang berminat dengan jawatan pentadbir, kuasailah ilmu ICT kerana ia banyak memberi manafaat dan tidak dipandang rendah oleh guru2 lain.

Terima kasih.cgazmihttp://cgazmi.blogspot.comnoreply@blogger.com