25 April 2012 besar maknanya kepada penjawat awam seluruh negera khususnya kepada penjawat awam yang tahu bersyukur dan berterima kasih. Kepada penjawat awam yang "bernafsu besar" dan "tidak sedar kediri" buat dan berilah apa sahajapun tidak ada makna bagi mereka. Begitulah lumrah dan fitrahnya kehidupan berpasangan : syukur vs kufur, kaya vs miskin, ringan vs berat yang Allah jadikan penuh rahsia untuk dimengertikan dengan mata hati bijaksana.
25 April 2012 kakitangan awam akan menerima gaji baru, tunggakan 7 - 13 peratus dan tambahan bantuan sara hidup. Manakala kenaikan gaji baru mungkin akan diberi tunggakan khususnya yang naik pada Januari atau April kerana Keputusan Panel Pergerakan Gaji baru sahaja dikeluarkan. Insyaallah setakat yang kami bekerja kerajaan tidak akan menipu kakitangan awamnya sendiri. Kalau gaji kami kurangpun bukan kerana kerajaan tapi kerana kami sendiri bernafsu besar berhutang sana-sini dan terpaksa dipotong. Setakat berpuluh tahun bekerja belum pernah walau sebulan kami tidak dapat gaji. Semua dibayar penuh dan sentiasa bertambah. Terima kasih YAB Perdana Menteri.
Apa yang lebih bermakna pada kami yang mengurus guru baru yang ditempatkan awal tahun ini ialah pada 25 April 2012 ini telah ada kalangan mereka akan menikmati gaji yang pertama. Syukurlah. Kami merasa kritikal kerana penempatan mereka berada dalam krisis skim perkhidmatan antara SBPA dan SSM. Mereka ditawarkan surat mengikut SBPA dengan sedikit kelewatan dan kemudian SBPA dibatalkan. Bukan sedikit Guru Besar, kerani sekolah, kewangan PPD dan JPN keliru dengan kaedah dan tatacara pembayaran gaji sehingga surat baru dari BPSM dikeluarkan. Itupun masih mengelirukan sebilangan pentadbir sekolah hingga kami menggerakkan sekolah dan PPD agar mengambil tindakan pantas dan segera. Email, telefon dan facebook digunakan untuk penyampaian dan perkembangan terkini agar gaji guru baru mampu disediakan sepantas mungkin.
Alhamdulillah kami mewakili USR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Guru Besar, Pembantu Tadbir, Unit Kewangan PPD, Unit Perkhidmatan dan Kewangan JPN kerana mampu melaksanakan kerja emergensi dan urgensi dengan baik. Jika ada yang tidak "clear" untuk gaji bulan April ini itulah tanda-tanda dan indikator kelemahan, kelembapan dan ketidakraksecetongnan sama ada di kalangan guru baru sendiri yang lambat menyiap dan menyediakan dokumen ataupun di peringkat pengurusan sekolah mahupun PPD. Hendak seribu daya mahu seribu cara. Kritikal atau tidak sesuatu bergantung kepada cara kita berfikir bukannya situasi. Ada orang sebulan tarikh tutup seumpama esok tapi ada orang esok tarikh tutup seumpama sebulan lagi. Maka ujudlah dalam organisasi budaya lembu kenyang, tepok dan pencari alasan bila tercekik ditengkuk.
Apapun kepada yang bakal menikmati gaji pertama bersyukurlah. Berilah sumbangan terbaik dan setimpal dengan apa yang kita terima. Ada yang mahu memberi kepada ibubapa. Alhamdulillah besar berakahnya. Namun tidak kurang yang akan membayar hutang. Bila hutang atau pinjam wajib bayar. Bukan sahaja hutang dengan kawan tapi juga dengan PTPTN. Tanda kita bersyukur bukan hanya dengan cakap dan ingin mengelak diri dari kesukaran tapi melaksanakan tindakan dengan ikhlas dan lebih afdal dalam diam. Mudah-mudahan dengan pernyataan syukur sedemikian hidup kita dipermudahkan dan dilimpahi dengan rezeki serta kesejahteraan.
Selamat berbelanja kawan tapi ingat pesanNYA,“Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang
meminta dan orang miskin yang tidak mendapatkan bahagian.”
(Adz-Dzariyat: 19)
Sila daftar DI SINI untuk melihat penyata gaji anda.
No comments:
Post a Comment