Ramai guru yang berada di perantauan dan bercadang untuk memohon bertukar menanti-nanti tarikh 1 April dan 1 September setiap tahun. Maka pada hari ini keghairahan ini berulang lagi untuk sekian kalinya. Sebagaimana biasa, permohonan pertukaran guru Sesi Jun 2012 melalui online e-GTukar khusus kepada guru-guru gred DG44 KUP, DG41, DGA32 KUP dan DGA29 bagi semua jenis permohonan pertukaraan mula dibuka pada hari ini. Para pemohon boleh memilih salah satu jenis permohonan sahaja sama ada Antara Negeri, Antara Daerah atau Dalam Daerah.
Sukacita dinasihatkan
agar guru-guru yang berminat untuk memohon supaya bertindak segera. Pengalaman
pentadbir sistem mendapati sering berlaku kesesakan dalam sistem online menjelang
tarikh akhir permohonan akan ditutup. Untuk makluman, permohonan sesi ini
dibuka sepanjang bulan April dan akan berakhir pada 30 April 2012. Adalah
diingatkan bahawa permohonan pertukaran online ini TIDAK termasuk guru-guru berjawatan hakiki dan Guru Cemerlang.
Untuk pautan ke sistem e-GTukar, sila
klik di sini http://apps.moe.gov.my/epgo/
Isteri saya Rosni Binti Kamarudin
ReplyDelete(800913035394)ingin membuat pertukaran dari SK Kuala Kenong , Kuala Lipis, Pahang untuk bertukar ke Terengganu iaitu lebih hampir dengan alamat saya bertugas di SMK Penarek, Setiu. Sehingga kini, semenjak januari 2009 isteri saya tinggal berjauhan dan menyukarkan dan mengganggu urusan tugas saya dan isteri..Harap pihak jabatan dapat ambil tindakan untuk membantu saya..Terima kasih.
Saya sangat tidak bersetuju isteri tinggal atau bertugas berjauhan dari suami . Banyak masalah akan timbul juika pertukaran di jadikan satu kesukaran di pihak kementerian .
ReplyDeletePelbagai masalah keluarga mun gkin berlaku jika proses pertukaran tidak di sokong oleh pihak atasan dan kemnterian .
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya dan isteri hampir 16 tahun bertugas di kl. kami telah membuat permohonan utk bertukar ke trg kerana keadaan kedua ibu bapa yang uzur (ada surat akuan doktor). Saya berharap pihak JPN dapat meluluskan permohonan kami kerana kami telah lama berkhidmat di kl
Sy pernah call jpnt..ttp layanan yg diberikn amat tdk memuaskan hati..berbanding dgn jpn selangor (en.kamsani)..yg akn membntu sehabis mgkin guru2 yg bermslh..krn selangor byk melakukan redeployment..mmg guru2 d selngor mmg berpuas ati dgn layanan yg diberikn oleh beliau (wlaupun guru2 tersebut bkn ank jati selangor)..ttp mcmane dgn jpnt?jwpn yg diberikn amat menyakitkn ati..cuba berada d dlm keadaan kami yg sememangnye btol2 bermslh..kami ank jati trg amat mghrpkn lynan yg terbaik..
ReplyDelete