KOTA BHARU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Pengurusan Murid, Unit Sekolah Rendah mengadakan taklimat berkaitan mulai 8 - 10 April 2012 di Raudah Hotel, Kota Bharu. Taklimat siri kedua ini penting bagi membincangkan kedudukan data murid terkini bagi tujuan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan dan urusan-urusan online berkaitan data murid khususnya Pendaftaran Secara Online Murid Tahun 1. Taklimat ini dihadiri oleh semua Penyelia Pengurusan Murid setiap PPD.
Ketua Unit Sekolah Rendah, En.Jelani Sulong dalam ucapannya juga berkata selain untuk ABM Perjawatan 2013, kutipan data kali ini juga adalah untuk agihan perkapita oleh Unit Kewangan serta menjadi data yang akan digunapakai oleh semua peringkat.
Isu pendaftaran Tahun 1 online hangat diperkatakan terutama bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Kita tentu faham sesuatu yang baru ada masalah teknikal justru itu kami difahamkan terkini HANYA Guru Penolong Hem dan Pembantu Tadbir sahaja yang dibenar untuk mengurus pendaftaran Murid Tahun 1 secara online ini. Kemungkinan bila sistem ini mantap guru-guru serta ibubapa dibenarkan untuk akses dengan mudah.
Insyaallah USR akan sentiasa membantu bagi menyelesaikan masalah ini. Mana-mana sekolah yang belum melaksanakan urusan ini diharap dapat melaksanakan se belum tarikh tutup Pendaftaran online Tahun 1 pada 31 Mei 2012.
No comments:
Post a Comment