Wednesday, April 11, 2012

Insentif Hari Guru 2011 dan Budget 2011 mula dilaksanakan


Hampir setahun selepas pengumuman Hari Guru  2011 dan kini bakal  bertemu Hari Guru semula serta selepas diteriakkan oleh YAB Timbalan Menteri Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran barulah nampak usaha-usaha melaksanakan insentif Hari Guru 2011 dan Bajet 2011. 

Dengar-dengar ceritanya sebarang kekosongan Pengetua dan GPK Sekolah Menengah mulai sekarang tidak boleh lagi diisi oleh mereka yang tiada dalam "bakul" atau zon DG52 dan DG48. Isu meletakkan gred semua Pengetua SM ke DG52 dan GPK SM ke DG48 diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada Sambutan Hari Guru 2011.

Begitu juga dikatakan Guru Besar dan GPK Sekolah Kluster akan diberi Gred Hakiki DGA38 dan DGA34. Setakat ini kedudukan Guru Besar beberapa fasa tertentu telah dinaikkan ke gred DG38 hakiki.  Itupun dengar cerita setelah berbagai desakan dan kertas cadangan dikemukakan. Walau bagaimanapun  di Sekolah Berprestasi Tinggi hal ini tidak berlaku walaupun "martabat, darjat dan hiraki SBT" lebih tinggi dari SKK. Jika benar perkara ini tidak boleh dibuat kerana tiada dalam pegumuman keramat Hari Guru 2011 maka kita minta kerajaan dan KPM kaji semula apatah lagi sebahagian SBT asal mulanya mereka bermula dari SKK.

Itulah antaranya cerita pelaksanaan janji insentif  Hari Guru 2011 walaupun kemungkinan ada segelintir penyandang yang mengidam gred atau gaji baru berkaitan telah kembali kerahmatullah. Tidak apalah itu rezeki masing-masing. Dan sekarang telah keluar iklan naik pangkat KUP seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri masa bentang bajet dan perjumpaan kakitangan awam yang lepas mengenai kenaikan pangkat guru secara KUP. Terima kasih YAB Perdana Menteri.

Kita juga berharap selain hal-hal itu diselesaikan segera  isu yang dibangkit oleh SUA NUTP di mana 15,000 guru PPLD sambung belajar yang belum dilantik walaupun sudah temuduga juga tidak boleh dipandang ringan. Suara-suara kecewa lebih kerap didengar apalagi selepas pembatalan naik pangkat DG41 yang dicadangkan untuk selesai hal ini dan dalam masa sama juga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melantik 7,000 kakitangan baru selepas pembatalan SBPA sedangkan mereka masih terkapai-kapai bertahun tanpa pembelaan. Kita mungkin sedar ada masalah-masalah tertentu namun harus juga kita akui  bahawa guru yang sambung belajar ini adalah memenuhi dasar pengsiswazahan, dilulus dan sebahagiannya ditanggung oleh KPM sendiri.

Terima kasih YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

4 comments:

  1. Salam...memang benar isu-isu yang berkaitan dengan guru sewajarnya diselesaikan dengan kadar segera...terutamanya guru-guru yang sambung belajar tetapi belum dilantik ke DG41...

    Sekurang-kurangnya mereka yang sedang belajar ini menjadi bersemangat lagi jika KPM dapat segerakan isu guru2 tersebut....

    ReplyDelete
  2. Begitulah nasib GB & GPK SBT...

    ReplyDelete
  3. Begitulah nasib GB & GPK SBT...

    ReplyDelete
  4. Cheng SK, saya kira KPM akan melaksanakan status GB dan GPK SBT sama dengan SKK kerana perkara ini telah dibawa oleh banyak pihak ke atas

    ReplyDelete