Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ia akan meningkatkan nilai pasaran mereka dan memberi ruang serta peluang yang lebih luas untuk berkembang di dalam industri.
"Selama ini bidang kedoktoran, kejuruteraan mekanikal dan perguruan memberi peluang pekerjaan yang luas namun kini graduan terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.
"Justeru, keperluan untuk meneroka bidang baru seperti nuklear, kejuruteraan bioteknologi, eurosains dan penerbangan amat penting kerana ia merupakan bidang yang masih baru dan mempunyai potensi yang cukup besar," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia Online 5 April 2012
No comments:
Post a Comment