gambar hiasan
Pelajar pintar, Kamran Khan, 13, belajar di sebuah sekolah swasta atas pembiayaan biasiswa, malu apabila ibu bapanya tidak mampu menggantikan pakaian seragam sekolah yang sudah lusuh.
Apabila ibu bapanya enggan membelikan pakaian seragam baru, dia mengancam membunuh diri sebelum menyiram tubuhnya dengan petrol dan kemudian membakar dirinya. Dia melecur teruk dan meninggal dunia di hospital.
Abangnya Saleem Khan memberitahu, Karman tidak pernah meminta apa-apa sebelum ini, tetapi sejak beberapa hari lalu, merayu ibu bapanya membelikan pakaian seragam baru. Saleem berkata, Karman berkelahi dengan ibunya, yang bekerja sebagai pembantu rumah. Ibunya hilang sabar dan menampar anaknya itu sambil memberitahu dia tidak mampu untuk membelikannya pakaian seragam baru. - DM
Sumber : Harian Metro Online, 4 April 2012
USR Blogger Team : Bukan pelajar seperti ini yang kita mahu lahirkan dari sistem pendidikan tapi kita mahu lahirkan pelajar yang berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi JERIS (jasmani,emosi,rohani,intelektual dan spritual) dan boleh memberi sumbangan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
No comments:
Post a Comment