Tuesday, April 3, 2012

NKRA pertingkat pencapaian pelajar ke tahap membanggakan


KUALA LUMPUR 2 April - Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2011 menyaksikan Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar mencatatkan pelbagai kejayaan membanggakan merangkumi kawasan bandar serta luar bandar.

Berdasarkan laporan tersebut, antara pencapaian terbesar tahun lalu adalah kejayaan mencatatkan pendaftaran prasekolah sebanyak 77.23 peratus kanak-kanak di negara ini iaitu sebanyak 732,902 kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas.

Kejayaan ini dihasilkan menerusi pembukaan sebanyak 3,089 kelas prasekolah di seluruh negara iaitu dua kali ganda daripada kelas yang dibuka pada tahun 2010.

Di peringkat sekolah rendah, inisiatif NKRA turut menyaksikan program Literasi dan Numerasi (LINUS) kepada kanak-kanak darjah 2 mencapai kadar literasi 97.5 peratus dan kadar numerasi 98.6 peratus manakala kanak-kanak darjah 1 bagi Kohort 2 mencatatkan kadar literasi 91 peratus dan kadar numerasi 95.4 peratus.

Sumber : Utusan Online 3 April 2012

No comments:

Post a Comment