Sunday, April 8, 2012

SEGERA : Perakuan Kenaikan Pangkat PPLD DGA9, DGA32, dan DGA34, 2012

PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA29, DGA32 DAN DGA34 YANG TELAH BERKHIDMAT SELAMA SEPULUH (10), SEMBILAN (9), LAPAN (8) DAN LIMA (5) TAHUN PADA TAHUN 2012 DI KEMENTEIRAN PELAJARAN MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang melaksanakan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29, DGA32 dan DGA34 secara “Time Based” Khas Untuk Penyandang Berasaskan Kecemerlangan pada tahun 2012.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan borang-borang berkaitan urusan berkenaan untuk tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

Semua perakuan (Format I,II dan III) serta semua dokumen yang telah dilengkapkan seperti yang dikehendaki hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 12 APRIL 2012 (Khamis) ke Unit Naik Pangkat, Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Bagi calon-calon gred DGA29 yang telah menghantar dokumen pada urusan pengumpulan maklumat PPPLD tahun lepas, No.Rujukan P.T.16016-24/14(2) bertarikh 07 Sept 2011 tidak perlu lagi menghantar perakuan semula bagi tujuan ini.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah dirujuk kepada pegawai yang berkenaan di nombor talian seperti berikut :-

·         En. Mohd Saidi bin Abu Bakar     : 09-6213246
·         Pn. Suzana bt Ibrahim                  : 09-6213073

Bagi urusan urusan DG48 ke DG52 dan DG52 ke DG54 Tahun 2012. KLIK



No comments:

Post a Comment