Mesyuarat Profesional Pengurusan Sekolah ini merupakan agenda bulanan sebagai satu saluran kerjasama bagi jabatan dan pimpinan sekolah rendah negeri Terengganu berbincang berkitan berbagai isu pendidikan demi keterbilangan pendidikan khususnya di negeri Terengganu.
En.. Razdali Abdullah dalam ucapan awalnya meminta rakan-rakan AJK di peringkat daerah agar dapat membina pasukan pimpinan sekolah yang hebat dari segi sahsiah,integriti dan ketrampilan. Beliau memaklumkan menerima teguran dari pimpinan atasan jabatan berhubung tingkahlaku segelintir Guru Besar yang tidak profesional dalam menghadiri majlis-majlis rasmi. Beliau berharap perkara ini dapat dihentikan segera dan tidak akan menjejaskan nama baik dan integriti MGB Terengganu.
Ketua Unit Sekolah Rendah, En. Jelani Sulong memberi keyakinan akan sentiasa membantu MGB Terengganu agar imej dan legasi keterbilangan MGB Terengganu dapat diteruskan walaupun pimpinan MGB silih berganti. Banyak isu yang disentuh dalam ucapan beliau seperti perjawatan Guru Besar, kenaikan pangkat, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Berprestasi Tinggi, Pemantauan dan berbagai lagi.
Kita berharap melalui perbincangan profesional seperti ini banyak salah faham dapat diselesaikan dan banyak ruang yang ada dapat dimanfaatkan untuk faedah pendidikan anak-anak kita.....
No comments:
Post a Comment