Monday, April 2, 2012

Bebaskan dari kebiasaan , pantas menerima perubahan

Kita selalu mendengar orang berkata, salah satu cara untuk maju dan berjaya ialah " biasakan yang betul, betulkan yang biasa". Bunyinya mudah tapi penuh bermakna dan bukan semudah disebut untuk melaksanakannya. Apatah lagi bila sesuatu itu sudah mendarah daging dalam amalan dan tabiat kehidupan kita.

Ramai orang bertaubat tidak mahu memandu laju apabila melihat mayat mangsa kemalangan  bergolek namun beberapa detik jika wujud situasi ego dicabar mereka "tidak takut mati" lagi. Berdesut mengalahkan pelumba formula one. Ramai perokok berazam dan bertaubat nasuha hendak berhenti setiap kali kempen atau tengok rakan-rakan yang muda yang merokok kena serangan jantung. Namun ramai yang gagal tiba di garis penamat " saya sudah berhenti merokok". Sukarnya untuk kita berubah dari kebiasaan ini.

Saya ingin berkongsi cerita di bawah sebagai renungan...

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang.

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, di dalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerana bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak di depan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba-tiba setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagaikan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa ditepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"

Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"

Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"

Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"

Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

Fasha: "Patutla....."

PS :  Kalau hendak berjaya, hendak maju kena fokus, transform dan harunginya jangan terikat dengan penjara sejarah...hehehehe


No comments:

Post a Comment