Friday, April 13, 2012

Pendidikan Keselamatan Ribut Petir Perlu Bermula Dari Bangku Sekolah - Pakar


KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Pendidikan mengenai langkah keselamatan ketika kejadian ribut petir perlu diwajibkan pada peringkat sekolah bagi menimbulkan kesedaran pada kalangan pelajar mengenai bahaya fenomena itu.

Pengarah Kajian Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir berkata langkah itu perlu memandangkan masyarakat kini dilihat kurang prihatin terhadap aspek keselamatan ketika kejadian ribut petir.

"Apabila kejadian ribut petir berlaku, semua aktiviti perlu diberhentikan sama ada di dalam ataupun luar rumah buat sementara waktu sehingga ribut petir itu berhenti bagi mengelakkan kerosakan harta benda serta kecederaan diri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Namun katanya, masyarakat kini seolah memandang remeh dengan fenomena tersebut apabila meneruskan kegiatan mereka termasuk aktiviti di tempat terbuka yang mengundang risiko panahan petir.

Beliau mengambil contoh kejadian seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam yang maut dipanah petir pada 3 April ketika menunggu bas di bawah pokok selepas menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-sekolah Daerah Petaling Perdana di UPM. -- BERNAMA

USR Blogger Team : Kalau diserap sebagai kandungan dalam mana-mana mata pelajaran seperti Sains , Kajian Tempatan boleh kut tapi kalau dibangunkan sebagai subjek baru kurang sesuai kerana dah terlalu banyak dan jadual masa dah terlalu padat.


No comments:

Post a Comment